Barisan siri iPhone 13 telah menjadi bualan hangat di internet dengan pelbagai andaian mengenai ciri yang menarik akan disertakan pada kali ini. Maka, sebuah kaji selidik telah dilakukan untuk mengetahui sejauh manakah pengguna iPhone yang berminat dengan model iPhone 13 terbaru dan ingin memilikinya.

Menerusi kaji selidik terbaru daripada SellCell, mereka mendapati sebanyak 43.7% pengguna iPhone pada ketika ini bersedia untuk mendapatkan iPhone 13 sebaik ia dilancarkan kelak.

vocket-tech-news-survey-1
Sumber Gambar: SellCell

Kaji selidik ini telah dibuat secara atas talian melibatkan 3,018 pengguna iPhone dalam linkungan umur 18 tahun dan ke atas di Amerika Syarikat. Antara ciri yang paling mengujakan kepada mereka adalah skrin high refresh rate 120Hz yang bakal menjanjikan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Perkara menarik yang didapati melalui tinjauan ini adalah 1 daripada 5 pengguna Apple mempunyai fobia dengan nombor 13. Selain itu, penyelidik menerima sejumlah 74% responden ingin Apple menampilkan nama yang baru pada model ini.

vocket-tech-news-survey-2
Sumber Gambar: SellCell

Apple telah berjaya menjual lebih daripada 100 juta unit iPhone 12 dalam 7 bulan walaupun di dalam saat pandemik ketika ini. Hasil kajian ini boleh menjadi penanda aras yang sejajar dengan jangkaan Apple mengenai permintaan siri model terbaru ini.

Sebelum ini, Apple telahpun meminta kilang pengeluaran untuk meningkatkan penghasilan siri model terbaru iPhone 13 sebanyak 20%.

Yakin Dengan Siri iPhone 13, Apple Minta Kilang Tingkatkan Pengeluaran Sebanyak 20%

Apple iPhone 13 Mungkin Ditawarkan Dengan Ruang Storan Sehingga 1TB

Sumber