iPhone SE merupakan antara model yang paling laris dijual sejak ia mula diperkenalkan kepada pengguna. Dengan kehadiran rekaan yang kompak berserta spesifikasi yang tinggi pada tawaran harga mampu milik telah membuatkan ramai orang berlumba-lujmba mahu memilikinya.
Menerusi ciapan terbaharu Ross Young, Apple sudah pun memulakan pengeluaran komponen panel skrin untuk iPhone SE baharu yang dijangka sedia dilancarkan secara rasmi pada bulan April. Ini bermaksud pengguna sudah boleh membeli peranti tersebut pada bulan berikutnya iaitu bermula Mei ini.
Apple 5G SE model starting panel production this month. Phone production likely from March. This means a launch is likely for 2H April/early May with shipments from late April or early May.
— Ross Young (@DSCCRoss) January 19, 2022
Walaupun begitu, model iPhone SE baharu ini dikatakan masih mengekalkan rekaan yang sama seperti model terdahulu bersama butang home fizikal tetapi dengan penyertaan cip Apple A15 Bionic dan sokongan rangkaian 5G. Namun, terdapat juga desas-desus yang mana menyatakan iPhone ini mungkin datang dengan skrin seluas 5.7 inci.
Kehadiran iPhone SE generasi ketiga ini sudah pasti dinantikan oleh ramai peminat yang lebih mengemari skrin yang bersaiz kecil serta berkuasa tinggi untuk memenuhi keperluan seharian. Malah, model ini sekaligus menjadi satu tambahan penawaran telefon pintar keluaran Apple yang menyokong rangkaian 5G.
Sebelum ini juga sudah timbul spekulasi yang mengatakan iPhone SE 2022 bakal hadir dengan rekaan seakan iPhone XR.
Apple iPhone SE 2022 Dijangka Hadir Dengan Rekaan Seakan iPhone XR
Apple Dijangka Akan Melancarkan iPhone SE Generasi Ketiga Seawal Tahun 2022