Mula dicuba di kawasan sekitar Cyberjaya dan Putrajaya, nampaknya teknologi 5G bakal diperluaskan ke beberapa negeri lain tidak lama lagi. Bersempena dengan aturcara di Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia tempoh hari, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Gobind Singh Deo telah mengesahkan dimana teknologi 5G bakal ditawarkan di negeri-negeri lain tidak lama lagi.

Berdasarkan kenyataan YB Gobind, difahamkan lima negeri yang bakal terlibat dengan rangkaian 5G adalah Kuala Lumpur, Perak, Terengganu, Negeri Sembilan dan Kedah.

News
Sumber: themalaysianreserve

Memandangkan projek ini masih berada pada peringkat awal, masih belum diketahui bilakah negeri-negeri yang disebutkan ini bakal menerima rangkaian 5G.

Setakat ini, masih terdapat beberapa tempat di Cyberjaya dan Petaling Jaya yang masih dalam ujian 5G dimana telco Celcom antara yang terawal menawarkannya. Berdasarkan ujian yang dilakukan Celcom baru-baru ini, kepantasan mencapai 6Gbps antara yang berjaya dicapai.