Model iPhone SE masih menjadi rebutan ramai kerana penawaran spesifikasi yang bagus pada harga yang mampu milik berserta rekaan yang kompak. Terdapat jangkaan Apple mungkin memperkenalkan kemas kini model telefon pintar bajet mereka seawal tahun 2022.

Berdasarkan laporan terkini, dikatakan iPhone SE generasi ketiga bakal menerima beberapa pembaharuan terutamanya pada aspek rekaan di mana ia bakal mengadaptasi rekaan iPhone XR dengan skrin bersaiz 6.1-inci dan kehadiran takuk di hadapan. Seterusnya, ia dikuasakan dengan cip bionik A15 bersama sokongan rangkaian 5G tetapi masih memakai skrin jenis LCD.

Sumber Gambar: Firstpost

Selain itu, butang Touch ID pula mungkin diganti dengan pengimbas cap jari yang diletakkan pada bahagian sisi telefon berkenaan dan terdapat pengimbas Face ID bersamanya. Sementara dari segi harga pula, ia dikhabarkan ditawar dengan harga lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Jangkaan pelancaran iPhone SE 3 ini bakal berlangsung pada tahun hadapan bersama beberapa produk lain juga. Setakat ini, berita penawaran model ini hanyalah sekadar spekulasi yang berlegar di kalangan penganalisis di internet.

Antara produk Apple yang dijangka bakal menerima pembaharuan daripada segi rekaan termasukah Apple AirPods Pro 2 yang mungkin hadir seawal tahun hadapan.

Apple AirPods Pro 2 Dijangka Hadir Dengan Rekaan Yang Serba Baharu Seawal Tahun Hadapan

Apple Dijangka Bakal Perkenalkan AirPods Pro 2 Seawal Tahun 2022