Barangan Apple yang eksotik sering menjadi buruan oleh peminatnya kerana dianggap mempunyai nilai yang tinggi. Malah, barangan yang diburu termasuklah surat, prototaip atau buku manual dan paling sasaran utama sudah pasti peranti generasi terawal yang dilancarkan.

Terbaharu, RR Auction telah berjaya menjual iPhone pertama yang masih baru di dalam kotak dengan plastik yang masih belum dibuka. Ini merupakan iPhone pertama yang dilancarkan pada tahun 2007 serta muncul sebagai unit iPhone dalam barisan produksi pertama.

Sumber Gambar: RR Auction

Perkara ini disahkan kerana skrin utama iPhone tersebut memaparkan 12 ikon berbanding barisan produk kedua yang mempunyai 13 ikon yang menyertakan ikon aplikasi iTunes. Sementara kotak iPhone ini masih tidak mempunyai ikon iTunes lagi.

Menerusi RR Auction, iPhone ini telah dilelong pada harga $35,414 bersamaan RM158,389. iPhone ini hadir dengan nombor model A1203 dan ketika pelancaran pada tahun 2007 ia dijual pada harga harga $599 (~RM2100). Bidaan ini sekaligus membuktikan barangan Apple yang oldschool mampu meraih jumlah jualan yang tinggi.

Sumber Gambar: RR Auction

Spesifikasi iPhone ini adalah mempunyai storan dalaman 8GB yang dijana cip 412MHz ARM11 dengan GPU PowerVR MBX berserta skrin TFT 3.5-inci. Terdapat satu kamera beresolusi 2MP, Bluetooth 2.0 dan bateri sebesar 1,400mAh.

Walaupun dilihat sebagai antik, peminat tegar memandang peranti ini sebagai satu revolusi dan secebis sejarah penting untuk peradaban manusia. Tidak hairanlah ramai berebut-rebut mahu mendapatkan barangan Apple generasi terawal kerana mempunyai sejarah atau nilai sentimental menarik disebaliknya.

Sebelum ini hadir kisah menarik tentang sebuah iPhone menggunakan port USB-C buat pertama kalinya di dunia yang berjaya dijual pada harga RM358,000.

iPhone Menggunakan Port USB-C Pertama Dunia Berjaya Dijual Dengan Harga RM358,000

Permainan Termahal Dunia, Katrij Super Mario 64 Berjaya Terjual Dengan Rekod Bidaan RM6.2 Juta

Sumber