Bukan suatu perkara yang baru apabila melihat barangan antik atau klasik dijual pada harga yang mahal dan nilai akan bertambah lagi sekiranya barangan tersebut masih di dalam keadaan yang baik. Peminat tegar sanggup mendapatkannya disebabkan nilai sentimental terhadap barang tersebut.

Baru-baru ini telah digemparkan dengan hasil bidaan sebuah katrij permainan Nintendo Classic Super Mario 64 yang mencecah $1.5 juta (~RM6.2 juta).

super mario 64
Sumber Gambar: Kotaku

Keputusan ini telah memecahkan rekod baru dalam sejarah bidaan permainan klasik apabila berjaya menewaskan rekod sebelumnya yang selang beberapa hari sahaja daripada jualan katrij The Legend of Zelda yang berjaya dilelong pada harga $870,000 (~RM3.6 Juta).

Ini bukan suatu perkara yang baru juga kerana pihak Heritage Auction pernah menjual sebuah katrij permainan klasik Super Mario Bros sehingga mencecah $660,000 (~RM2.6 Juta) pada tahun 1986.

Permainan Super Mario sememangnya sangat ikonik dengan pelbagai lapisan umur. Maka tidak hairanlah sekiranya terdapat individu sanggup membayar pada harga yang tinggi bagi mendapatkan permainan kegemaran mereka.

Sementera itu, Nintendo Switch OLED bakal diperkenalkan dengan paparan yang lebih besar dan jelas untuk pengalaman yang menyeronokkan.

Nintendo Switch OLED Diperkenalkan Dengan Paparan Yang Lebih Besar Dan Jelas

Nintendo Pilih Malaysia Sebagai Pengeluar Terbaru Konsol Switch

Sumber