Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sudah menjadi satu trend buat syarikat media sosial dan seumpamanya menawarkan ciri NFT pada platform mereka. Penerimaan yang positif akan kehadiran ciri NFT menjadikan ia sebagai satu kelebihan jika ditawarkan oleh pihak pembangun.

Kini Instagram juga dikatakan bakal memperkenalkan intergrasi NFT seawal minggu ini pada pada perkhidmatan sosial popular berkenaan. Instagram dijangka sedia memperkenalkan integrasi untuk NFT pada blockhain Ethereum, Polygon, Flow dan juga Solana.

Sumber Gambar InsiderFinance Wire

Buat peringkat permulaan, ciri ini dijangka akan ditawarkan untuk sebahagian kecil pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu. Terdapat kemungkinan bahawa sokongan jenis-jenis blockhain yang diperkenalkan juga terhad ketika pengenalan sahaja dan mungkin berlaku perubahan penawaran apabila dilancarkan secara global kelak.

[Sekejap] Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Selain itu, pihak Instagram turut dijangka tidak akan mengenakan sebarang caj untuk perkongsian NFT pada platform tersebut. Hal ini memberikan kelebihan buat pengguna untuk bebas berkongsi NFT mereka serta menarik lebih ramai pengguna baharu ke platform itu. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut daripada pihak  pembangun kelak.

Sementara di Rusia, mereka telah memperkenalkan Rossgram sebagai pengganti kepada Instagram untuk rakyatnya.

Rusia Bakal Perkenalkan Rossgram, ‘Pengganti’ Instagram Khusus Buat Rakyatnya

Panggung Wayang Rusia Dilaporkan Menayangkan Filem Barat Yang Dicetak Rompak

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group