NFT dilihat sebagai satu aset digital yang boleh dimiliki oleh seseorang untuk membuat pelaburan atau koleksi peribadi. Memandangkan semakin ramai yang mulai meminati arena NFT, maka sejumlah pihak pembangun media sosial mahu hadir dengan ciri berkenaan pada platform mereka.
Meta kini telah mengumumkan bahawa mereka telah mulai memperluaskan ciri NFT pada Instagram ke lebih 100 buah negara di seluruh dunia. Dengan penambahan ciri baharu ini membolehkan pengguna menerbitkan koleksi digital mereka di Instagram.
Dengan ini, para pengguna boleh mempamerkan karya dan koleksi NFT yang dimiliki dengan mudah menerusi Instagram. Selari dengan pengenalan ciri ini, Instagram kini menawarkan sokongan untuk blockchain Ethereum, Polygon dan juga Flow.
Sementara dompet NFT yang disokong termasuklah Rainbow, MetaMask, Trust Wallet, Dapper Wallet dan juga Coinbase Wallet. Meta juga menyatakan tiada sebarang yuran transaksi dikenakan apabila berkongsi koleksi digital pengguna di Instagram.
Buat masa ini, ciri ini masih belum tersedia untuk pengguna di Malaysia. Jadi, mungkin kita berpeluang melihat ciri ni dalam beberapa minggu lagi atau lebih cepat dari itu.
Selain media sosial, Pearson selaku pengeluar buku teks terkemuka turut mahu tawarkan e-book teks pembelajaran dalam bentuk NFT.
Pearson Berminat Untuk Menawarkan E-Book Teks Pembelajaran Dalam Bentuk NFT
Tiffany & Co. Lancarkan Perkhidmatan NFTiff Untuk Mengubah NFT Menjadi Barang Kemas