Sudah wujud beberapa syarikat yang sedia menjadikan karya digital atau NFT yang dimiliki kepada barangan fizikal seperti kerangka telefon, kanvas dan seumpamanya. Dengan ini, para pemilik boleh melihat dan juga mempamerkan NFT peribadi kepada khalayak ramai.

Kini syarikat pembuat barang kemas mewah iaitu Tiffany & Co. mahu turut serta dengan menyediakan sebuah perkhidmatan untuk mengubah NFT yang dimiliki kepada bentuk barang kemas. Perkhidmatan ini dinamakan sebagai NFTiff tampil memberikan fasiliti eksklusif menerusinya.

Sumber Gambar: Twitter

Difahamkan koleksi NFTiff ini bakal dihasilkan kepada hanya 250 unit sahaja yang merangkumi pas digital, NFT loket dan juga loket fizikalyang direka khas berdasarkan NFT kepunyaan pemilik. Malah, hanya pemilik Cryptopunk sahaja yang boleh menerima servis ini dengan tawaran harga 30ETH (~RM221,4347.87).

Setiap loket ini juga bakal dihiasi sekurang-kurangnya 30 batu gem dan juga berlian yang turut disaluti dengan emas 18K. Untuk menjadikan ia lebih unik, terdapat nombor siri Punk tersendiri serta logo jenama Tiffany yang diukir secara teliti pada bahagian belakang loket.

Sumber Gambar: Twitter

Di samping itu, setiap pemilik yang mendapatkan loket ini juga berpeluang mengakses sejumlah ciri menarik yang bakal ditambah pada masa kelak dengan menggunakan pas digital yang diberi.

Selain itu, individu yang berminat juga perlu mengesahkan identiti terlebih dahulu sebelum boleh membuat pembelian tersebut dan sebanyak 50 unit bakal disimpan untuk senarai terawal mereka. Anda boleh membuat tempahan bermula 5 Ogos ini menerusi laman khas NFTiff.

Sebelum ini, sebuah syarikat tempatan telah mengumumkan sebuah projek galeri maya dan NFT yang menfokuskan legasi Tun Mahathir.

Projek Galeri Maya Dan NFT Menfokuskan Kepada Legasi Tun Mahathir Diumumkan

Johnny Depp Sumbangkan Hasil Jualan NFT Bernilai RM3.4 Juta Kepada Badan Amal