Pearson merupakan pengeluar terkemuka buku teks untuk sekolah dan universiti. Selain menghasilkan buku fizikal, mereka juga sedia menawarkan buku teks dalam versi digital yang boleh diakses dengan mudah oleh para pelajar.

Kini mereka baru sahaja mengumumkan akan mula menawarkan buku teks versi digital dalam bentuk NFT pula. Pendekatan ini dibuat atas dasar mahu mengaut keuntungan daripada jualan semula untuk setiap kali ia bertukar tangan.

Sumber Gambar: Gadget 360

Ini merupakan sebuah taktik yang dilihat sangat licik oleh golongan pelajar dan tenaga pengajar ekoran pihak Pearson lebih mengutamakan keuntungan. Menurut Pearson lagi, buku teks mereka kebiasaannya akan dijual semula sebanyak tujuh kali yang mana mereka hanya mengaut keuntungan pada jualan pertama sahaja.

Jadi, dengan menjadikan e-book teks kepada NFT bakal menjana pendapatan secara berterusan selagi ia dijual semula oleh pemiliknya. Selain penawaran e-book teks NFT, syarikat ini juga berhasrat mahu mengembangkan lagi penawaran produk ke ruang metaverse.

Di Malaysia sendiri, USM berjaya muncul sebagai universiti pertama memperkenalkan perpustakaan berkonsepkan metaverse.

USM Muncul Sebagai Universiti Pertama Perkenalkan Perpustakaan Berkonsepkan Metaverse

Indonesia Perkenalkan Metaverse Tersendiri Dalam Mempromosikan Bisnes Tempatan Ke Peringkat Global