Antara ciri menarik yang baru diperkenalkan pada aplikasi Instagram adalah Avatar 3D. Dengan ciri ini, para pengguna boleh mencipta karakter atau gambaran diri dalam format animasi 3D.
Malah, pengguna bebas untuk mengayakan karakter 3D masing-masing mengikut citarasa serta boleh dikongsikan secara terus ke platform media sosial lain seperti Facebook dan Messenger. Oleh itu, mari ikuti tutorial cara mencipta karakter Avatar 3D di Instagram seperti di bawah.
1. Buka aplikasi Instagram.
2. Lawati ke akaun Instagram anda dan lanjut ke bahagian Settings.
3. Kemudian, klik pada Account.
4. Selepas itu, tekan pada Avatars.
5. Anda akan melihat pengenalan Avatars dan klik Get Started untuk teruskan proses seterusnya.
6. Pilih warna kulit yang bersesuaian dengan citarasa, lalu klik Next.
7. Pada bahagian ini, anda akan diberikan pilihan untuk mengubah karakter dengan lebih terperinci seperti gaya rambut, warna mata, pakaian, kosmetik dan sebagainya. Setelah siap dengan kustomasi yang karakter yang diingini, barulah klik pada Done di bahagian atas kanan.
8. Karakter yang dicipta bakal diproses untuk seketika dan klik pada Next.
9. Akhir sekali, anda hanya perlu menyambungkan karakter tersebut kepada Facebook dan Messenger dengan klik pada Sync Now. Selepas itu, karakter yang dicipta bakal boleh digunakan sebagai sticker di Stories atau dijadikan gambar profil di media sosial nanti.
Untuk makluman, ciri bakal menawarkan sejumlah sticker versi karakter 3D anda yang boleh digunakan menerusinya. Setakat ini, ciri Avatar 3D ini masih belum mempunyai animasi bergerak lagi.
Selain memberi pengalaman menarik pada media sosial di bawah Meta, ini juga merupakan usaha baharu mereka dalam menarik minat orang ramai untuk lebih dekat dengan idea Metaversenya. Jadi, apa tunggu lagi? Cubalah ciri baharu yang menarik ini untuk mencipta karakter tersendiri dan kongsikan kepada kenalan rapat.
Selain memperkenalkan ciri karakter 3D, Instagram juga dijangka bakal memperkenalkan sokongan ciri NFT tidak lama lagi.
Instagram Dijangka Bakal Perkenalkan Sokongan Ciri NFT Seawal Minggu Ini
Mahu Kekalkan Keaslian Konten, Instagram Mahu ‘Sekat’ Capaian Tontonan Video Daripada TikTok