Pada hari ini semua orang sudah mulai menjalankan kehidupan seperti sedia kala selepas majoriti sudah menerima vaksinasi. Ada sebahagian daripada kita telah pun berpindah ke lokasi lain mengikut matlamat masing-masing. Oleh itu, anda perlu mengetahui cara tukar alamat MySejahtera kerana ramai masih terlepas pandang mengenainya.

Hal ini juga penting kerana kerajaan masih menggagihkan dos penggalak vaksin COVID-19 kepada mereka yang terpilih. Maka, sewajarnya anda mengetahui cara tukar alamat di aplikasi MySejahtera supaya dapat memudahkan urusan temu janji dos penggalak kelak.

1. Buka aplikasi MySejahtera

2. Klik pada Helpdesk

cara tukar alamat mysejahtera
Sumber Gambar: aplikasi mysejahtera

3. Pilih bahasa yang diingini dan tekan Mula atau Start

cara tukar alamat mysejahtera
Sumber Gambar: aplikasi mysejahtera

4. Kemudian, pilih pada abjad C yang tertera “Saya ingin mengemas kini Nama, Nombor Kad Pengenalan/Passport. ID atau memadam akaun saya” atau “I want to update my Name,IC/Passport, User OD or delete my account”.

cara tukar alamat mysejahtera
Sumber Gambar: Aplikasi MySejahtera

5. Seterusnya, klik pula pada abjad F iaitu “Saya ingin menukar alamat rumah” atau “I want to change my home address”.

Sumber Gambar: Aplikasi MySejahtera

6. Masukkan alamat yang baharu dan tekan “Seterusnya” atau “Next”.

Sumber Gambar: Aplikasi MySejahtera

Selepas itu, pihak MySejahtera bakal menghantar e-mel berkaitan status kemas kini alamat terbaharu yang diminta ke dalam sistem tersebut. Untuk menyemaknya, anda boleh lihat di bahagian “State” pada profil MySejahtera anda dan tiada perubahan akan dipaparkan sekiranya anda memasukkan alamat yang sama.

Namun begitu, masih terdapat laporan yang diterima mengatakan bahawa pengguna MySejahtera masih memberikan temu janji berdasarkan alamat mereka walaupun alamat terbaharu sudah pun dipaparkan alamat baru. Jika anda juga menghadapi masalah sedemikian, boleh dapatkan bantuan daripada saluran yang betul bagi mengatasinya.

Akhir sekali, perlu diingatkan orang ramai untuk mendapatkan Dos Penggalak serta kekal waspada dan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam pencegahan COVID-19 secara terperinci.

Difahamkan aplikasi MySejahtera baru sahaja menambah dua ciri baharu iaitu tempahan temu janji vaksin dan rujukan pelancong.

Aplikasi MySejahtera Menambah Ciri Untuk Tempahan Temu Janji Vaksin Dan Rujukan Pelancong

Cara-Cara Memohon Dos Penggalak Melalui Aplikasi MySejahtera Bagi Urusan Ke Luar Negara

Sumber