Aplikasi MySejahtera sudah menjadi satu keperluan utama untuk bergerak ke serata tempat dan mendapatkan maklumat semasa mengenai penularan wabak COVID-19 secara terus. Kerajaan pula akan sentiasa mengemas kini ciri baharu supaya ia lebih komprehensif untuk kegunaan umum.

Terkini, MySejahtera baru sahaja menerima penambahan dua ciri baru untuk para pengguna iaitu membolehkan orang ramai menempah tarikh temu janji vaksin serta membuat rujukan maklumat berkaitan untuk ke luar dan dari luar negara pada bahagian menu baharu yang dikenali sebagai Pelancong.

Sumber Gambar: Aplikasi MySejahtera

Menerusinya, bagi mereka yang mahu mengunjungi negara lain atau mahu pulang ke sini boleh mengakses sebarang maklumat dengan mudah seperti permohonan kuarantin, borang pra-perlepasan dan sebagainya.

Sementara untuk ciri Tempahan Vaksin pula, ia membolehkan pengguna melakukan tambahan tanggungan melalui MySejahtera dan mendapatkan tarikh vaksin yang khusunya buat kanak-kanak. Bagaimanapun, ciri tempahan vaksin ini tidak menyediakan pilihan bagi orang dewasa.

Hal ini mungkin disebabkan kesemua PPV sudah boleh menerima orang ramai pergi mengambil vaksin tanpa perlu temu janji. Kemas kini ini sudahpun boleh dimuat turun pada semua platform peranti sama ada di Android, iOS dan juga Huawei.

Selain itu, difahamkan para pengguna iPhone berpeluang mengakses telefon pintar sambil memakai pelitup muka menerusi kemas kini iOS15.4 kelak.

Pengguna Berpeluang ‘Unlock’ iPhone Sambil Memakai Pelitup Muka Menerusi Kemas Kini iOS 15.4

Apple Dalam Perancangan Untuk Hasilkan Teknologi Pengecasan Menerusi Skrin iPhone Sahaja

Sumber