Pada hari ini, sejumlah peranti sudah mampu mengambil video pada resolusi yang tinggi sekaligus mempunyai fail saiz yang besar. Antara salah satu cara mudah compress video secara dalam talian menerusi clideo.
Anda boleh memperkecilkan video sama ada menggunakan komputer atau pun telefon pintar. Malah, kualiti video yang telah comporess masih kekal seperti yang asal walaupun saiznya sudah kecil. Oleh itu, mari kita pelajari cara mudah compress video dengan mengikuti langkah dibawah.
1. Lawati laman web clideo.
2. Klik pada Choose File dan pilih mana-mana fail video yang ingin dikecilkan. Pastikan saiz video anda tidak melebihi 500MB. Menariknya, ia juga menyokong sebarang jenis format fail video untuk dikecilkan.
3. Selepas itu, tunggu video anda diproses yang bakal mengambil masa beberapa minit. Bagaimanapun, ia masih bergantung kepada kebesaran sesebuah fail video tersebut kerana lebih besar bermaksud lebih lama masa perlu ditunggu.
4. Akhir sekali, anda boleh melihat video yang telah compress terlebih dahulu dan jika berpuas hati dengan kualitinya barulah dimuat turun. Anda boleh klik pada Remove Watermark untuk memuat turun video yang tiada watermark. Anda perlu log masuk menggunakan emel barulah ia membenarkan muat turun video tersebut.
Anda boleh lihat video ini berjaya dikecil sebanyak 95% dalam masa yang sama kualiti video masih dikekalkan seperti yang asal. Selain itu, anda bukan sahaja boleh menyimpan pada video tersebut pada peranti sahaja, bahkan pada cloud seperti Google Drive dan Dropbox.
Menerusi laman utama clideo juga, pengguna boleh nembuat pelbagai perkara berkaitan video seperti menambah subtitle, memotong durasi video dan seumpanya dengan mudah tanpa perlu memuat turun perisian. Menariknya, ia juga disediakan secara percuma oleh pembangun untuk pengguna di luar sana.
Semoga dengan tutorial ini dapat memudahkan anda mengecilkan video terutamanya yang mahu memuat naik di platform media sosial bagi tujuan bisnes, pencipta konten dan sebagainya. Ditambah pula, ia boleh menjimatkan ruang pada peranti anda. Selain itu, para pelajar pula boleh menghantar video assignment dengan mudah selepas ini.
Sementara itu, anda juga boleh menggunakan aplikasi capcut untuk menstabilkan video bergegar dengan mudah. Klik pautan di bawah untuk lebih lanjut.
Cara Mudah Stabilkan Video Bergegar Menerusi Aplikasi CapCut Sahaja
Ketahui Cara Mudah Menambah Sari Kata Video Dengan Menggunakan Aplikasi Capcut