Sejak akhir-akhir ini, boleh dikatakan setiap jenama seolah berlumba-lumba dalam menghasilkan peranti terbaru dalam usaha menambat hati pengguna. Peranti tersebut terdiri daripada komputer riba, telefon pintar sehinggalah kepada pelbagai aksesori dalam mewujudkan sesebuah ekosistem.

Dalam pada itu, dapat dilihat lambakan peranti yang dilancarkan seolah hampir serupa seolah tidak mempunyai identiti yang tersendiri. Melihat kepada isu yang berlaku, HUAWEI pada kali ini mengambil tindakan yang berani dalam memperkenalkan peranti yang unik dan penuh gaya dalam memenuhi keperluan pengguna.

Model yang dimaksudkan adalah sebuah jam tangan pintar beserta TWS menerusi model HUAWEI WATCH GT 3 dan HUAWEI FreeBuds Lipstick. Berikut merupakan apa yang membuatkan kedua-dua model ini unik serta tampil berbeza berbanding pesaing lain di pasaran.

HUAWEI WATCH GT 3

Sumber: Techradar

Berjaya menjadi buruan peminat, HUAWEI nampaknya telah meneruskan siri WATCH GT menerusi model HUAWEI WATCH GT 3. Model ini memfokuskan kepada fungsi, ketahanan bateri dan juga penggayaan buat penggunaanya.

Dari segi saiz, model ini hadir dengan dengan dua saiz iaitu 42mm dengan saiz skrin 1.32-inci dan juga 46mm dengan saiz skrin 1.43-inci. Kedua-dua model ini ditawarkan dengan paparan AMOLED.

Apa yang menarik perhatian ramai mengenai model ini sudah pastinya rekaan skrinnya yang berbentuk bulat dan juga kerangkanya yang premium serta tahan karat. Dalam erti kata lain, model ini sememangnya tidak mempunyai masalah untuk digunakan untuk aktiviti lasak.

Mengulas dari segi spesifikasi, model ini dikuasakan oleh cip ARM Cortex-M dengan memori sebesar 32MB dan 4GB ruang storan. Sokongan notifikasi secara terus daripada telefon pintar dan aplikasi penstriman muzik antara yang sedia untuk dimuat turun.

Hadir dengan pelbagai fungsi menarik, HUAWEI nampaknya turut berjaya menawarkan ketahanan bateri yang panjang buat model ini di mana HUAWEI Watch GT 3 mampu bertahan sehingga 14 hari sekaligus membuatkan model ini menjadi antara model dengan ketahanan bateri terpanjang bagi sesebuah jam tangan pintar.

Kedua-dua model WATCH GT 3 mampu menawarkan fungsi renang berenang sehingga 5ATM. Sensor standard giroskop, GPS, barometer, termometer, accelerometer dan pengecasan nadi antara yang disertakan. Selain itu, HUAWEI WATCH GT3 mampu mengesan tahap oksigen dalam darah sepanjang hari disamping pengesanan 100 aktiviti senaman. Serius menarik!

Dari segi harga, HUAWEI WATCH GT 3 sedia untuk didapatkan dengan bermula daripada RM999 bagi saiz 42mm dan RM1,099 untuk saiz 46mm. Melihat kepada fungsi yang lengkap yang ditawarkan beserta ketahanan bateri sehingga 14 hari, mendapatkan HUAWEI Watch GT 3 pastinya menjadi pilihan yang berbaloi.

Khusus buat para pengguna yang berminat, HUAWEI turut sedia menawarkan baucer bernilai RM200 menerusi pra tempahan HUAWEI WATCH GT3 yang bermula daripada 20 November sehingga 3 Disember 2021. Buat para peminat, mungkin inilah masa terbaik untuk anda dapatkan HUAWEI WATCH GT3 dengan harga yang lebih berbaloi menerusi tempahan di laman rasmi HUAWEI.

HUAWEI FreeBuds Lipstick

Seperti namanya, model ini hadir dengan rekaan seakan sebuah gincu atau lipstick. Rekannya sekaligus membuatkan model HUAWEI FreeBuds Lipstick kelihatan berbeza berbanding TWS lain serta membuatkan pemakainya tampil bergaya.

Dari segi spesifikasi, model ini hadir dengan pembatalan hinggar aktif dual-microphone dan juga teknologi pembatalan hinggar AEM yang boleh menghasilkan bunyi yang baik dalam sebarang situasi menerusinya.

Untuk pengalaman pendengaran yang lebih baik, HUAWEI juga menambah mod adaptif pemadanan telinga yang mampu mengubah suai bunyi berdasarkan bentuk telinga anda.

Model ini turut menawarkan sokongan keupayaan merakam percakapan pada kualiti HD menerusi mikrofon yang terbina berserta sokongan latensi audio serendah 90ms apabila disambungkan bersama peranti.

Mengulas mengenai bateri, model ini dijangka bakal menawarkan masa penggunaan selama 4 jam tanpa ANC atau 2.5 jam untuk memainkan musik bersama pengaktifan ANC untuk satu pengecasan penuh.

Hadir dengan rekaan yang unik dan penuh gaya, HUAWEI FreeBuds Lipstick yang dilengkapi dengna sokongan penawaran bunyi beresolusi tinggi serta Active Noise Cancellation 2.0 sedia ditawarkan dengan harga serendah RM999 sahaja di mana para pengguna berpeluang membuat pra tempahan bermula 20 November sehingga 3 Disember 2021.

Para pengguna boleh membuat tempahan dengan klik di sini. Selain itu, para pengguna juga berpeluang melihat pelbagai lagi tawaran menarik yang ditawarkan HUAWEI menerusi pemebelian WATCH GT 3 bersama FreeBuds Lipstick menerusi laman rasmi HUAWEI.

Ketahui juga perbezaan yang ditawarkan HUAWEI MateBook 14S dan Apple MacBook Pro dalam mengetahui model manakah yang sesuai untuk kegunaan anda.

HUAWEI MateBook 14S vs Apple Macbook Pro, Model Manakah Yang Sesuai Menjadi Pilihan Anda?

Rekaan Kamera Belakang Serius Cun, Apa Lagi Yang Best Pada HUAWEI nova 9?