Seperti yang diperkatakan bulan September ini bakal menjadi bulan yang penting buat Apple dalam pengenalan siri barisan iPhone 13 yang terbaru.
Menerusi laporan SCMP, syarikat Foxconn Technology kini sedang giat menambah sekitar 200,000 pekerja tambahan lagi di dalam barisan pengeluaran. Buat masa ini, Foxconn mempunyai kekuatan tenaga pekerja sebanyak 300,000 yang boleh mengeluarkan 500,000 unit telefon pintar dalam sehari.
Difahamkan Foxconn terpaksa mendapatkan bantuan pihak berkuasa dalam menyediakan sekitar 100 bas untuk mengambil pekerja tambahan tersebut. Berdasarkan laporan sebelum ini, Apple telah menyasarkan untuk mengeluarkan sekitar 130 juta ke 150 juta iPhone bagi siri kali ini.
Hal ini berlaku disebabkan oleh jangkaan permintaan yang tinggi bagi model kali ini kerana peralihan pengguna ke peranti yang menyokong 5G pula. Sama-sama kita nantikan kejutan yang bakal diperkenalkan Apple menerusi pengenalan siri iPhone 13 nanti.
Desas-desus mengenai penawaran Apple iPhone 13 sudahpun kedengaran di mana model terbaru Apple ini bakal ditawarkan seawal 17 September ini.
Apple iPhone 13 Dijangka Bakal Ditawarkan Seawal 17 September
3 Bulan Sebelum Pelancaran Rasmi, Rekaan ‘Dummy’ Siri iPhone 13 Sudah Mulai Diperlihat