Kurang lebih tiga bulan sahaja lagi sebelum pelancaran siri terbaru iPhone dan nampaknya rekaan iPhone 13 sudah mulai diperlihat. Model yang dilancarkan pada kali ini nampaknya hadir dengan rekaan yang sedikit berbeza berbanding siri iPhone 12.

Menerusi perkongsian daripada gambar daripada DuanRui, iPhone 13 dan iPhone 13 mini dijangka hadir dengan susunan kamera pada bahagian belakang yang unik berbanding model yang ditawarkan kini di pasaran.

ezgif-3-e3db3e05307c
Sumber: twitter DuanRui

Kamera pada iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max masih lagi mengekalkan rekaan yang sama namun hadir dengan saiz kamera yang lebih besar. Difahamkan perubahan pada bahagian dalam lensa model ‘Pro’ membuatkan saiz kamera dua model ini bertambah besar. Penawaran fungsi Potrait Mode untuk video antara dijangka bakal diumumkan Apple.

Selain itu, siri iPhone 13 dijangka menyokong astrophotography dalam menawarkan kuasa pemprosesan serta kualiti gambar yang lebih baik buat setiap imej langit yang diambil pengguna.

Rekaan iphone 13
Sumber: twitter DuanRui

Sebuah lagi perubahan yang dijangkakan bakal ditawarkan pada siri iPhone 13 adalah penawaran notch yang lebih kecil. Perubahan ini pastinya dinantikan ramai melihatkan Apple mengekalkan dengan saiz notch yang sama sejak iPhone X.

Setakat ini, masih belum diketahui tarikh rasmi pelancaran siri iPhone 13. Dalam pada itu, melihat kepada kebiasaan semasa, model terbaru Apple ini bakal dilancarkan pada akhir September 2021.

Pada penghujung tahun lalu, sebuah pengeluar terkemuka telah mengeluarkan iPhone 12 Pro edisi khas yang ditawarkan tanpa kamera dengan harga yang tinggi. Ketahui lebih lanjut motif pengeluar ini dengan klik pautan di bawah.

Ditawarkan Tanpa Kamera, iPhone 12 Pro Edisi ‘Khas’ Ini Dijual Dengan Harga RM27,479

Cara Untuk Aktifkan Dolby Atmos Pada Apple Music iPhone Anda

Sumber