Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita menjejak ke bulan September pula. Bulan ini kebiasaannya menjadi pilihan jenama pengeluar peranti terkemuka seperti Apple untuk melancarkan produk terbaru mereka.
Kini sudah mula timbul ura-ura tentang siri iPhone 13 akan dipasarkan seawal 17 September ini. Dakwaan ini timbul oleh kerana laporan IT Home yang menerima screenshot jualan barisan peranti yang akan bermula pada tarikh tersebut. Dalam masa yang sama juga, dapat dilihat AirPods 3 baharu sudah disenaraikan di mana ia bakal dijual pada 30 September 2021.
Setakat ini, masih belum diketahui kesahihannya memandangkan tiada kenyataan rasmi berkenaan tersebut. Namun, majoriti pengguna sudah meramalkan Apple mula menawarkan siri iPhone 13 pada minggu ketiga September dan tarikh yang dinyatakan berada di dalam minggu tersebut.
Pada model kali ini, siri iPhone 13 dijangka bakal hadir dengan cip pemprosesan terbaru A15 Bionic yang lebih pantas serta kemampuan kamera yang telah dipertingkatkan dengan fungsi Astrophotography dan potrait mode video. Kita boleh jangkakan siri model 13 ini akan mula memasuki pasaran Malaysia pada bulan Oktober atau November kelak.
Dijangkakan juga siri barisan 13 kali ini mungkin hadir dengan saiz yang lebih tebal dalam menampung bateri yang lebih besar.
Apple iPhone 13 Dijangka Lebih Tebal Dengan Bateri Yang Lebih Besar
3 Bulan Sebelum Pelancaran Rasmi, Rekaan ‘Dummy’ Siri iPhone 13 Sudah Mulai Diperlihat