Kita sedia maklum Facebook menjaga jutaan privasi data penggunanya. Namun begitu, secanggih mana sesuatu sistem sekalipun pasti mempunyai kelemahan yang boleh ditembusi oleh mereka yang pakar dalam bidang godaman.
Terbaharu, Facebook telah menfailkan saman ke atas hacker Ukraine, Alexander Alexandrovich Solonchenk pada 21 Oktober selepas disyaki mencuri 178 juta data pengguna di platform tersebut sebelum dijual dalam forum pasaran gelap.
Jenayah ini berlaku sekitar tahun 2018 sehingga September 2019 di mana suspek telah mengumpul data berkenaan dengan mengeksploit fungsi pindahan kenalan Messenger yang mengandungi jutaan nombor telefon peribadi pengguna yang kemudiannya dipadam oleh pihak Facebook sendiri.
Pada tahun 2020 pula, Solonchenko telah dikesan menjual data-data tersebut menerusi RaidForums yang sering digunakannya. Facebook mengatakan suspek yang sama juga sudah menjual jutaan data pengguna syarikat lain kepada entiti yang berminat sebelum ini.
Antara permintaan Facebook kepada mahkamah termasuklah menghalang suspek daripada mengakses Facebook dan ganti rugi yang tidak diperincikan. Untuk pengetahuan, ini bukanlah serangan terbesar yang pernah dihadapi oleh mereka kerana pada April lalu sebanyak 533 juta data pengguna telah digodam oleh sebuah kumpulan penggodam.
Dalam bulan ini juga, akaun rasmi Facebook Tentera Laut Amerika Syarikat telah digodam untuk stream permainan Age Of Empires.
Akaun Rasmi Facebook Tentera Laut Amerika Syarikat Digodam Untuk ‘Stream’ Permainan Age Of Empires
11 Juta Data Peribadi Pengguna Facebook Di Malaysia Bocor, Boleh Diakses Secara Percuma