Dalam mendapatkan sesebuah telefon pintar, pastinya para pengguna dambakan telefon pintar yang penuh dengan gaya, berspesifikasi tinggi, dilengkapi dengan keupayaan kamera yang hebat. Walau bagaimanapun, telefon pintar seperti yang didambakan sering kali hadir dengan harga yang premium.

Dihasilkan bagi menarik perhatian anak muda, HUAWEI nova 9 SE nampaknya berjaya tampil berbeza daripada kebiasaan dengan menawarkan sebuah pakej lengkap serta hadir dengan harga yang sangat mampu milik. Ayuh ketahui dengan lebih lanjut keunikan model yang baru sahaja dilancarkan HUAWEI Malaysia ini.

1. Penawaran kamera 108-megapixel

Berbincang mengenai telefon pintar mampu milik, agak sukar sebenarnya untuk mendapatkan sebuah telefon pintar dengan kemampuan kamera yang hebat. Dalam pada itu, HUAWEI berjaya membuktikannya menerusi model nova 9 SE yang membolehkan pengguna mendapatkan gambar swafoto, potrait, ultra-lebar, night mood dan juga foodtography dengan baik.

Bukan itu sahaja, HUAWEI nova 9 SE turut dilengkapkan dengan empat kamera terdiri dariapda sensor 108-megapixel sebagai kamera utama, 8-megapixel ultra lebar, 2-megapixel bagi lensa bokeh dan 2-megapixel lensa makro. Dalam erti kata lain, HUAWEI nova 9 SE sememangnya serba lengkap buat peminat fotografi.

Penawaran lensa dan mod yang pelbagai pastinya memudahkan pengguna sama ada mendapatkan gambar potrait, pemandangan mahupun gambar jarak dekat dalam menghasilkan imej yang terbaik. Berikut merupakan hasil gambar yang diambil menggunakan HUAWEI nova 9 SE.

Selain itu, HUAWEI nova 9 SE turut ditawarkan dengan sensor 1/1.52-inci membenarkan lebih banyak cahaya dalam menawarkan gambar yang jelas dan terang meskipun diambil pada keadaan yang gelap dan malap beserta sokongan fungsi Super Night Shot.

2. Telefon pintar mesra vlogging

Khusus buat anda yang mahu menjalankan vlog atau sekadar merakam sebarang momen atau detik bersejarah, HUAWEI nova 9 SE sedia membantu anda dalam merakamkan secara serentak menerusi kamera hadapan dan juga belakang sekaligus membolehkan anda menghasilkan sebuah video dari dua sua sisi berbeza tanpa sebarang suntingan.

Selain itu, para pengguna turut berpeluang menggunakan aplikasi HUAWEI Petal Clip yang disertakan dengan pelbagai template dan muzik dalam membantu pengguna menghasilkan vlog yang lebih menarik untuk dikongsikan di media sosial.

Kemas kini terbaru HUAWEI Petal Clip membantu pengguna menyertakan Auto-caption, Auto-mark dan gambar bergerak dalam memeriahkan lagi efek pada vlog yang ingin dihasilkan.

3. Rekaan yang moden dan trendy

Untuk pengetahuan, HUAWEI nova 9 SE dilengkapkan dengan rekaan kaca lengkung sekaligus membuatkan model ini lebih selesa untuk dipegang dan digunakan.

Rekaan serta material yang digunakan pada model ini secara tidak langsung membuatkan seolah pengguna menggunakan telefon pintar premium yang berharga yang jauh lebih tinggi.

Model ini ditawarkan dengan beberapa seleksi warna menarik terdiri daripada Crystal Blue, Pearl White, and Midnight Black yang sekaligus memberi pilihan buat para pengguna serta tampil berbeza berbanding kebanyakan telefon pintar yang berada di pasaran.

4. Paparan FullView Super Smooth

HUAWEI nova 9 SE hadir dengan skrin 6.78-inci dengan sokongan HUAWEI FullView Display yang meliputi 94.85% bahagian hadapan skrin. Dalam erti kata lain, pengguna berpeluang menonton skrin model ini tanpa sebarang gangguan bezel dan sebagainya.

Selain itu, model ini turut menyokong refresh rate sehingga 90Hz dan juga touch sampling rate sehingga 270Hz dalam menawarkan penggunaan yang lebih smooth dan memuaskan buat para pengguna.

5. Penawaran spesifikasi yang mantap

Mengulas mengenai spesifikasi, model ini dikuasakan oleh processor Snapdragon 680 4G beserta RAM 8GB dan 128GB ruang storan. Penggunaan EMUI 12 dan Android 11 pada model ini sekaligus memastikan model ini dapat diakses secara smooth dan selamat sama untuk penggunaan kerja, belajar, hiburan mahupun suntingan video. Serius best!

6. Sokongan HUAWEI SuperCharge 66W

Bukan sahaja ditawarkan dengan spesifikasi dan kamera yang hebat, HUAWEI nova 9 SE turut menawarkan sokongan pengecasan pantas menerusi HUAWEI SuperCharge 66W.

Para pengguna tidak lagi perlu menunggu lama untuk mengecas model ini kerana pengecasan penuh daripada 0 kepada 100% HUAWEI nova 9 SE cuma memerlukan tempoh sekitar 36 minit sahaja. Dalam erti kata lain, para pengguna tidak perlu lagi mengecas telefon pintar sepanjang malam.

Oh ya, model ini turut dilengkapkan dengan teknologi penyejukan yang pastinya membantu pengguna yang kerap bermain game dalam memastikan model ini sentiasa dalam keadaan sejuk meskipun digunakan dalam tempoh yang panjang.

7. Peroleh pelbagai manfaat menerusi HUAWEI AppGallery

Seperti yang ramai sedia maklum, rakyat Malaysia sememangnya sangat suka shopping. Mengetahui pilihan rakyat Malaysia, HUAWEI Malaysia telah menawarkan seleksi promosi buat para pengguna HUAWEI nova 9 SE di mana para pengguna berpeluang mendapatkan baucar menarik menerusi aplikasi AllGallery seperti berikut:

  • Watsons: Percuma baucar Watsons bernilai RM10
  • ZUS Coffee: Baucar CEO Latt√© bernilai RM9.90
  • Tealive: Baucar Tealive bernilai¬† RM7
  • Flexi Parking: Raih kredit parkir bernilai RM30 menerusi pembelian Flexi Motor Protections
  • EASI: Baucar 20% dengan had maksimum RM15 untuk 3 kali penggunaan
  • J&T Malaysia: 2 Baucar J&T mencecah RM10

8. Harga yang berbaloi

Sumber: Technave

Mengulas dari segi harga, HUAWEI nova 9 SE jelas menawarkan pakej yang serba lengkap buat sebuah telefon pintar beserta harga yang mampu milik. Model ini sedia ditawarkan dengan harga serendah RM1,099 di mana para pelanggan berpeluang membuat pra-tempahan bermula 18 Mac 2022.

Menariknya, para pengguna bakal turut ditawarkan beberapa pakej daripada HUAWEI Mobile service dengan harga mencecah RM181.

Ketahui lebih lanjut mengenai HUAWEI nova 9 SE dengan layari laman rasmi HUAWEI atau dapatkannya secara pra tempat menerusi HUAWEI Experience Store, laman rasmi Shopee HUAWEI, laman rasmi Lazada HUAWEI. Sekiranya anda tidak mahu berbelanja besar dalam mendapatkan telefon pintar dengan kemampuan fotografi yang hebat, HUAWEI nova 9 SE adalah jawapannya.

Ketahui cara mudah dan pantas memindah baki TnG eWallet ke akaun bank dengan mengikuti langkah mudah menerusi pautan di bawah ini.

Mudah Dan Pantas, Ini Caranya Pindah Baki TnG eWallet Ke Akaun Bank

12 Pelanggan Saman CIMB Bank Ekoran Pembekuan Akaun Dan Ralat Pemprosesan