Sering kali kita diingatkan untuk berhati-hati dengan siri penipuan dalam talian yang kian berleluasa pada saban hari. Antaranya sedia menawarkan peluang pekerjaan lumayan atau peluang bisnes mahupun pakej pelaburan yang terlalu indah untuk menjadi kenyataan.

Terbaharu, seorang penjawat berputih mata apabila mengalami kerugian RM21,550 ekoran diperdaya sindiket pelaburan Forex yang tidak wujud menerusi Telegram. Mangsa berusia 37 tahun ini pada mulanya telah ditawarkan untuk menyertai pelaburan yang kononnya mampu memberi pulangan sehingga 120% dalam tempoh enam jam sahaja.

Pengadu telah melihat iklan pelaburan dengan keuntungan yang sangat lumayan di laman sesawang Facebook dengan nama XM trading. Selepas itu, mangsa telah berhubung dengan seorang lelaki menerusi Telegram dan WhatsApp dengan satu nombor telefon berdaftar.

Sumber Gambar: Baffin

Mangsa yang berminat dengan tawaran oleh suspek itu telah pun memilih pakej Gold iaitu dijanjikan sebanyak 120% dalam masa enam jam dengan memberikan modal yang dinyatakan sebaik menjadi ahli tersebut.

Pakej Forex itu juga dikatakan kononnya mematuhi syariah sekaligus membuatkan mangsa tertarik dan yakin dengan apa yang dijanjikan oleh sindiket penipuan tersebut.

Kemudian, mangsa telah bersetuju dengan tawaran yang diberikan oleh sindiket dan telah membuat tiga kali transaksi memasukkan wang menggunakan cara pindahan wang.

Malangnya, selepas dipindahkan wang seperti yang diarahkan kelihatan tidak menerima sebarang imbuhan yang diharapkan. Mangsa juga telah menghubungi semula nombor telefon syarikat pelaburan tersebut namun telah disekat panggilan oleh suspek.

Oleh kerana merasa tertipu, manga terus membuat laporan polis untuk tindak selanjutnya. Oleh itu, pihak berkuasa telah mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan iklan pelaburan di laman sesawang dan membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak Bank Negara Malaysia untuk mengetahui status sesuatu skim pelaburan.

Tular baru-baru ini pihak MDEC mengesahkan tidak menawarkan sebarang peluang pekerjaan menerusi SMS.

MDEC Nafi Tawarkan Peluang Pekerjaan Menerusi SMS

Hanya Kerana Buat Semakan Nombor Akaun, Seorang Peniaga Berjaya Elak Ditipu Panggilan Scammer

Sumber