Dengan keadaan ekonomi yang sedang beransur pulih, semakin ramai orang yang mahu rebut peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Hal ini juga mendorong penjenayah siber cuba untuk menjerat mangsa dengan mesej-mesej tawaran kerja yang lumayan.

Terbaharu, pihak MDEC telah menafikan tentang penularan mesej penawaran kerja yang menawarkan gaji harian yang lumayan. Selain itu, mereka juga menegaskan bahawa MDEC tidak menjalankan sebarang pengambilan pekerja menerusi SMS seperti yang diterima orang ramai baru-baru ini.

Sumber Gambar: Twitter

SMS yang diterima difahamkan hanyalah penjenayah yang menyamar sebagai pihak MDEC untuk menjerat mangsanya. Kumpulan ini telah beroperasi tanpa kebenaran dan pengesahan daripada pihak MDEC.

Dengan pengesahan dari pihak MDEC ini, diharapkan orang ramai tidak akan mudah tertipu dengan pelbagai skim penipuan yang meningkat sejak kebelakangan ini. Seperti yang kita sedia maklum, terdapat pelbagai skim penipuan dalam talian yang menggunakan aplikasi pemesejan dan SMS.

Tular baru-baru ini seorang peniaga berjaya elak ditipu panggilan scammer dengan membuat semakan nombor akaun bank yang diterima.

Hanya Kerana Buat Semakan Nombor Akaun, Seorang Peniaga Berjaya Elak Ditipu Panggilan Scammer

Lelaki Ini Ajarkan Cara Kesan Kedai Laptop Scammer Yang Berleluasa Di Instagram

Sumber