Sudah menjadi satu siri serangan berantai pula apabila banyak kes kecurian wang dalam akaun bank sering dilaporkan sejak beberapa hari lalu. Jumlah yang dicuri juga sangatlah besar dan merungsingkan banyak pihak di luar sana.

Terbaharu, Natty Lily Elegance berkongsi di akaun Facebook miliknya bahawa beliau telah kehilangan RM11,668 daripada akaun semasa Public Bank. Kedua-dua transaksi ini telah dikeluarkan dalam masa dua saat daripada akaun Ageless Haven Resources ke akaun bank Hong Leong Bank atas nama Mohamed Azri Arbi bin Abdullah.

Sumber Gambar: Facebook Lil Natty Elegance

Yang lebih mengejutkan, mangsa juga tidak menerima sebarang panggilan mahupun SMS berkenaan kejadian transaksi itu termasuklah nombor TAC. Selepas membuat laporan polis dan ke pihak bank terbabit, beliau hanya dinasihatkan untuk menukar kata laluan serta menghentikan perbankan secara online dan hanya berurusan di kaunter.

Beliau juga telah disoal siasat dan dilayan seolah-olah seperti scammer oleh Public Bank kerana disyaki bertanggungjawab memberikan nombor TAC. Public Bank mengesahkan ia kes penipuan scammer di mana telefon miliknya telah digodam.

Sumber Gambar: Facebook Lil Natty Elegance

Malang buat dirinya kerana wang lebih RM11,000 yang hilang itu tidak dipulangkan semula kerana turut telah dikeluarkan daripada akaun milik Azri tanpa pengetahuannya.

Azri memaklumkan telah membuat laporan polis dan berjanji akan memberi kerjasama di dalam kes ini demi membersihkan namanya. Berdasarkan laporan yang dibuat, beliau mengatakan sudah tidak menggunakan akaun tersebut dan kad ATM miliknya sudah hilang sejak dua bulan lalu.

Kes ini disyaki berkait rapat dengan kegiatan keldai akaun yang berleluasa ketika ini. Anda perlu cakna bahawa memberikan akses akaun bank kepada pihak ketiga adalah dilarang oleh undang-undang. Tindakan keras akan dikenakan ke atas mereka yang tertangkap bersubahat bersama suspek.

Tular baru-baru ini seorang doktor yang turut kehilangan wang simpanan RM13,000 secara tiba-tiba tanpa sebarang notifikasi amaran.

RM13,000 Lenyap Secara Tiba-Tiba Daripada Akaun, Doktor Ini Ucap Selamat Tinggal Kepada CIMB

Mampu Peroleh Sehingga RM100,000 Sebulan, Rakaman Perbualan ‘Scammer’ Ini Raih Perhatian Netizen

Sumber