Apple  iPhone 13 sebelum ini dilaporkan bakal menawarkan ciri sokongan komunikasi satelit LEO. Dengan kehadiran ciri ini ia membolehkan pengguna membuat panggilan tanpa sambungan selular di kawasan yang tiada liputan rangkaian.

Lanjutan daripada laporan Bloomberg mengenai tersebut, dikatakan komunikasi melalui satelit yang bakal ditawarkan pada model tersebut hanyalah terhad untuk panggilan kecemasan sahaja.

vocket-tech-news-sateliti-2
Sumber Gambar: HT Tech

Menerusi kenyataan tersebut, ia boleh dijangka akan membolehkan pengguna untuk terus berhubung dengan mudah ketika di dalam kecemasan dan sekaligus boleh menyelamatkan nyawa mangsa. Dalam masa yang sama, iPhone akan menyertakan sokongan mekanisma ciri tersebut namun sambungan satelit hanya boleh dipakai selepas ia benar-benar sudah bersedia.

Walaupun begitu, masih terdapat kemungkinan Apple akan membatalkan ciri ini daripada diperkenalkan pada iPhone 13. Ciri ini dilihat sangat berguna kepada orang ramai dan sangat merugikan sekiranya ia tidak disertakan sekali pada peranti terbaru mereka pada tahun ini.

Selain daripada itu, Apple juga mungkin akan menawarkan sebuah produk kategori baru menjelang 2025 kelak.

Tim Cook Dijangka Letak Jawatan Menjelang 2025 Selepas Pelancaran Sebuah Produk Kategori Baru

Tim Cook Terima Bonus Bernilai RM3.1 Billion Sempena Ulang Tahun Ke-10 Sebagai CEO Apple

Sumber