Antara perkara utama dalam penghasilan akhir video yang baik adalah suntingan efek yang bersesuaian dengan senario yang ditayangkan. Dan tidak ramai pula mempunyai skil suntingan yang baik terutamanya buat pemula yang baru berjinak dunia videografi. Kini dengan hanya mengetahui cara guna template di CapCut anda sudah boleh menghasilkan video versi anda menerusi lagu dan skil suntingan yang sedang trending ketika ini.
Menerusi perkongsian akaun TikTok @nurirdina.co, beliau telah mengajar cara guna template di CapCut untuk mendapatkan hasil akhir video yang menarik. Dengan hanya menggunakan fungsi berkenaan, anda tidak perlu lagi melalui proses yang rumit dalam memasukkan transisi, efek, lagu mahupun teks daripada satu babak ke babak lain.
Seperti biasa, aplikasi CapCut sentiasa menjadi pilihan peminat videografi dan pencipta konten pada masa kini untuk membuat suntingan video mereka dengan pelbagai efek yang trending. Anda boleh memuat turun aplikasi CapCut menerusi Google Play Store atau App Store terlebih dahulu sekiranya masih belum mempunyainya lagi.
Cara menggunakan template di Aplikasi CapCut
1. Buka aplikasi CapCut dan klik pada fungsi Template.
2. Kemudian, anda bakal melihat pelbagai template yang disediakan oleh pengguna Capcut sendiri yang sedia dipakai terus. Anda boleh pilih sama ada mahu menggunakan template daripada bahagian yang tersedia atau membuat carian manual di ruangan carian.
3. Selepas anda sudah memilih efek video yang ingin dipakai, klik pada Use template.
4. Setelah memilih beberapa babak yang ingin dimasukkan ke dalam suntingan, tekan pada Preview.
5. Di sini anda boleh tonton video yang sudah siap disunting bersama efek yang dipilih dan boleh lanjut ke Export sekiranya sudah berpuas hati.
Malah, setiap video yang dipilih boleh ditukar babaknya atau dipotong dan dikuatkan kelantangan bunyi secara berasingan. Kesemua template yang disediakan juga boleh didapati secara percuma oleh semua pengguna Capcut. Kemudian, video anda sedia dikongsikan menerusi pelbagai platform dengan mudah atau disimpan ke dalam storan.
@nurirdina.co Reply to @salmahrbun #belajardigital #tiktokguru #learnontiktok #jombelajar #capcut
Selepas ini, anda juga berpeluang mempunyai hasil video sendiri yang menarik bak profesional dengan mudah sahaja. Bahkan, anda juga boleh mencipta template kreatif sendiri dan memuat naik di CapCut untuk dikongsi bersama pengguna yang lain.
Dengan menggunakan aplikasi CapCut juga, anda boleh menstabilkan sesebuah video bergegar dengan mudah menerusi fungsi stabilizer.
Cara Mudah Stabilkan Video Bergegar Menerusi Aplikasi CapCut Sahaja
6 Aplikasi Terbaik Untuk Hasilkan Konten Kreatif Dengan Mudah Di App Store
7 Aplikasi Edit Video Terbaik Android Yang Ditawarkan Secara Percuma