Bila sebut nama Bored Ape Yacht Club, pasti ramai yang terbayangkan pada karya NFT beruk yang dijual pada harga yang tidak masuk akal. Bahkan, para peminat NFT juga masih berlumba-lumba mahu mendapatkan karya edisi terhad ini yang hanya wujud sebanyak 10,000 koleksi sahaja.

Terbaharu, Bored Ape Yacht dilaporkan telah berkerjasama dengan Animoca Brands yang berpengkalan di Hong Kong untuk membangunkan permainan blockchain yang berkonsepkan play-to-earn. Mereka berbuat sedemikian untuk memperluaskan penggunaan NFT yang dijual kepada umum.

Malah, mereka juga melihat NFT sudah menjadi suatu simpanan budaya di dalam dunia digital hari ini. Yat Siu selaku pengasas dan pengerusi eksekutif Animoca Brands menyatakan hanya terdapat sedikit ikon hebat yang mampu mewakili dunia NFT seperti BAYC dalam mengembangkan penawaran dunia blockchain dengan lebih meluas.

Ini bermaksud pelbagai utiliti serta faedah yang bakal ditawarkan kepada semua pemegang NFT Bored Ape itu. Untuk makluman, Animoca Brands merupakan pelopor ruangan permainan blockchain dengan rekod prestasi yang terbukti dilaksanakan dengan jayanya. Dijangka permainan ini bakal dilancarkan pada suku kedua tahun 2022 kelak.

Selain BAYC, syarikat Niantic juga sedang membangunkan sebuah permainan AR yang menawarkan ganjaran Bitcoin apabila dimainkan.

Pencipta Pokemon GO Bangunkan Permainan AR Yang Mampu Menawarkan Bitcoin Kepada Pemain

Syarikat Pembangun Pokemon Go Bakal Lancarkan Platform ‘Metaverse’ Digelar Sebagai Lightship