Yuga Labs merupakan entiti yang bertanggungjawab di sebalik beberapa projek NFT popular seperti Bored Ape Yacht Club. Menerusi projek BAYC, mereka berjaya menggegarkan dunia dengan penjualan karya digital mencecah jutaan ringgit sehingga ke hari ini.

Terbaharu, Yuga Labs mengumumkan bahawa berjaya meraih suntikan dana bernilai $450 juta (~RM1.9 bilion) yang mana pada ketika ini meletakkan syarikat mereka pada nilai $4 bilion (~RM16.87 bilion). Dengan suntikan dana ini, mereka merancang untuk membina empayar media di dalam NFT bermula dengan permainan dan projek metaversenya.

Watak yang dijual turut diberikan kebebasan dari segi hak untuk digunakan dalam sebarang perkara oleh pemiliknya seperti mana tertubuhnya kumpulan KINGSHIP yang terdiri daripada empatk watak BAYC yang digunakan untuk tujuan komersial. Para pemilik BAYC juga menikmati beberapa ciri menarik menerusinya yang membuatkan ia istimewa.

Sementara itu, Yuga Labs dijangka akan terus menarik kemahiran kreatif ke syarikat mereka. Baru-baru ini juga, Yuga Labs telah memperlihatkan penyertaan mereka ke dalam arena dunia meta menerusi projek dinamakan Otherside yang akan dijana oleh token kriptowang mereka tersendiri yang dinamakan Apecoin.

Untuk anda yang mahu mengetahui lebih lanjut dengan kelebihan memiliki karya NFT BAYC, boleh klik pautan di bawah.

Lelaki Ini Kongsikan Kelebihan Memiliki Karya NFT BAYC Yang Kini Popular Di Pasaran

Eminem Sanggup Bayar RM1.87 Juta Untuk Karya NFT Yang Menyerupai Dirinya