Bored Ape Yacht Club merupakan salah satu karya digital yang digilai ramai oleh semua orang lebih-lebih lagi apabila artis-artis terkemuka pada harga jutaan ringgit. Namun begitu, masih ramai tertanya-tanya apa kelebihan yang boleh didapati daripada memiliki sesebuah karya NFT BAYC tersebut.

Menerusi perkongsian akaun TikTok @nftcrypto_my, beliau telah menyatakan beberapa utiliti yang boleh dinikmati oleh para pemiliki karya NFT BAYC pada hari ini. Pihak Yuga Labs selaku pasukan disebalik BAYC akan memuatkan sejumlah kelebihan dari semasa ke semasa serta komuniti yang giat aktif untuk memeriahkan lagi menerusinya.

1. Mendapat akses kepada rumah agam khas.

Sumber Gambar: South China Morning Post

Para pemilik NFT BAYC kini boleh dikatakan datang daripada golongan kaya raya yang sekaligus sanggup membelanjakan sejumlah wang kepada perkara yang mereka minati. Dengan adanya jumlah wang yang besar, komuniti terbabit mampu membeli sebuah rumah agam yang cukup mewah untuk kegunaan para pemilik NFT BAYC.

Oleh itu, hanya mereka yang memiliki karya NFT BAYC sahaja yang mempunyai akses khas ke rumah tersebut. Menerusinya, mereka juga boleh meluangkan masa bersama dan bertukar pendapat mengenai NFT mahupun isu semasa yang berlaku di serata dunia.

2. Dijemput ke parti eksklusif oleh BAYC

Selain itu, setiap pemilik BAYC juga bakal dijemput ke parti eksklusif yang diadakan oleh BAYC untuk meraikan pelbagai acara mahupun perayaan. Malah, anda perlu menunjuk pengesahan yang sah sebaik sahaja tiba di lokasi berkenaan. Menerusinya, pelbagai aktiviti serta makanan yang disajikan kepada para jemputan.

Ditambah pula terdapat kemunculan sejumlah artis antarabangsa dan tokoh ternama yang turut hadir memeriahkan majlis tersebut. Pada November tahun lalu, pihak BAYC sudah mengadakan APEFEST 2021 di New York City buat julung kalinya dengan pelbagai penawaran merchandise khas yang hanya dijual pada acara tersebut.

3. Menerima karya seni eksklusif secara percuma.

karya NFT BAYC
Sumber Gambar: Opensea

Seterusnya, pihak BAYC juga sering memberikan karya seni eksklusif secara percuma kepada para pemilik. Karya seni yang ditawarkan sudah semestinya tidak akan dijual seperti gambar beruk sebelum ini. Seperti kita sedia maklum, karya seni eksklusif ini sedia menjadi rebutan dan mempunyai nilai yang tinggi.

Difahamkan harga lantai sesebuah karya seni NFT percuma yang ditawarkan mencecah 19.69 ETH (~RM249,318.14) mengikut pertukaran kadar semasa. Malahan, terdapat laporan direkodkan penjualan karya NFT tersebut mencecah jutaan ringgit di platform dagangan NFT.

4. Boleh gunakan karya NFT bagi tujuan komersial.

Sumber Gambar: uDiscoverMusic

Sebagai pemilik karya NFT BAYC, anda memang mempunyai hak mutlak terhadap karya yang dimiliki yang sekaligus boleh digunakan pelbagai tujuna termasuklah komersial. Kini sesiapa menggunakan NFT BAYC tersebut untuk menjana wang dalam apa jua cara tanpa sebarang masalah.

Seperti Super Group KINGSHIP, kumpulan ini terdiri daripada empat karakter maya NFT yang sudah ditandatangani bersama Universal Group secara rasmi. Dikatakan juga mereka bakal menyertai dunia permainan, realiti maya dan persembahan secara langsung pada masa kelak.

5. Koleksi NFT eksklusif yang meningkat nilainya pada setiap tahun.

karya nft bayc
Sumber Gambar: OpenSea

Menerusi koleksi NFT eksklusif yang ditawarkan kepada pemilik BAYC, anda boleh menjadikan ia sebagai medium pelaburan kerana nilainya yang meningkat pada setiap tahun hingga mencecah ratusan ribu ringgit. Hal ini sekaligus membuatkan setiap NFT tersebut sudah menyamai seperti barang mewah eksklusif di dunia sebenar.

Anda hanya perlu memegang koleksi tersebut dalam sesuatu tempoh dan boleh mendapat pulangan yang lumayan pada tahun-tahun berikutnya. Bahkan, permintaan yang tinggi terhadap NFT keluaran BAYC boleh menjamin penjualan karya tersebut pada bila-bila masa sahaja.

https://www.tiktok.com/@nftcrypto_my/video/7057870332077608219

Jadi, kita sendiri boleh lihat mengapa nilai karya NFT BAYC sedia didagangkan pada harga tinggi oleh para peminatnya pada saban hari. Pelbagai kelebihan serta pulangan lumayan padanya yang hanya boleh dinikmati menerusinya. Ditambah pula pihak BAYC giat memperluaskan lagi kelebihan NFTnya dari semasa ke semasa.

Baru-baru ini, rapper terkemuka dunia iaitu Eminem sanggup membayar sebuah karya NFT BAYC pada harga semahal RM1.87 juta.

Eminem Sanggup Bayar RM1.87 Juta Untuk Karya NFT Yang Menyerupai Dirinya

Tersilap Titik Perpuluhan, NFT Ini Dijual Pada Harga 1% Sahaja Daripada Nilai Sebenar

Sumber