Bored Ape Yacht Club pada ketika ini sudah dinobatkan sebagai NFT termahal di pasaran dan berjaya menyaingi sejumlah NFT terkenal yang lain. Hal ini sekaligus membuatkan nilainya melonjak naik dengan mendadak sejak kebelakangan ini.

Menerusi laporan Hypebeast, rapper terkenal dunia iaitu Eminem baru sahaja membelanjakan sebanyak $450,000 (~RM1.87 juta) untuk membeli sebuah NFT BAYC yang kelihat mirip dengan dirinya. Karya NFT tersebut mengandungi beruk yang mengenakan gaya seperti artis rapper terkenal itu.

Digelar sebagai “EminApe”, NFT ini telah dijual oleh ahli BAYC GeeGazza dengan harga 123.45 ETH bersamaan RM1.73 juta mengikut nilai pertukaran semasa ketika itu. GeeGazza bagaimanapun seperti telah menduga perkara ini bakal berlaku kerana sebuah ciapannya yang mengatakan Eminem memang ditakdirkan untuk membeli NFT itu pada suatu hari nanti.

Jualan ini telah dikendalikan oleh agensi digital, Six yang mana sebelum ini sudah berkerjasama dengan selebriti lain dalam industri NFT termasuk Wu-Tang Clan, Tycho dan Galantis. Menariknya, Eminem sebenarnya sudahpun melancarkan sebanyak 15 NFT buat pertama kali di OpenSea di bawah nama “Shady Holdings”.

Baru-baru ini, sebuah projek NFT telah dikesan menciplak idea Bored Ape Yacht Club lalu menawarkan NFT tersebut di pelbagai platform jual beli NFT.

Didakwa Ciplak Idea Bored Ape Yacht Club, Projek NFT Ini Dihalang Daripada Ditawarkan Pada OpenSea

Tersilap Titik Perpuluhan, NFT Ini Dijual Pada Harga 1% Sahaja Daripada Nilai Sebenar

Sumber