NFT kini dilihat sudah mulai diterima orang ramai sebagai satu pembaharuan di dalam memiliki aset digital sebagai pelaburan. Perkembangan industri NFT turut menjemput Khairul Aming selaku influencer untuk menyertai dunia NFT. Akan tetapi, terdapat sebahagian individu yang membantah dan menganggap NFT tidak mempunyai kegunaan. 

Menerusi ciapan yang dibuat oleh @danishf1kri, beliau telah berkongsi kelebihan NFT yang ramai orang tidak ketahui secara meluas. Non-fungible token atau lebih dikenali sebagai NFT ini merupakan sebuah token yang merangkumi dalam pelbagai bentuk dalam digital dan yang terkini ia lebih menfokuskan kepada karya seni.

https://twitter.com/danishf1kri/status/1468068271643500544

1. Berpeluang menyertai peraduan yang dianjurkan

https://twitter.com/danishf1kri/status/1468068274051026945

Pertama sekali, kelebihan yang boleh dinikmati oleh pemilik NFT adalah setiap token yang dimiliki boleh memberi akses kepada konten eksklusif yang dihasilkan oleh pencipta karya buat pemiliknya. Sebagai contoh, @BoredApeYC telah membuat permainan buat pemilik sahaja yang mana berpeluang memenangi sebuah kereta untuk tempat pertama.

2. Menerima akses untuk menyertai sesebuah komuniti

Sumber: CNBC

Selain itu, Gary Vee yang sangat terkenal sebagai entrepreneur dan pelabur juga mempunyai NFT tersendiri yang membolehkan setiap pemilik veefriends mempunyai akses ke persidangan khas yang dianjurkan oleh beliau. Hal ini sekaligus memberi peluang kepada pemilik untuk mempelajari pelbagai ilmu bisnes dan sebagainya secara terus bersama beliau.

3. Dapat menjana pendapatan sambil bermain game

Selain itu, NFT juga dapat dimanfaatkan pada permainan berkonsepkan play2earn atau p2e yang boleh menjana wang sambil bermain. Permainan mobile yang kian menjadi perhatian iaitu Thetan Arena juga menawarkan ganjaran kepada pemilik karakter itu.

4. Berpeluang berjual beli hasil karya secara sah

kelebihan nft

Dalam masa yang sama untuk projek yang berskala kecil pula, anda boleh menyertai platform jual beli NFT seperti Pentas yang sudah dimanfaatkan oleh ramai artis di luar sana. Terdapat pelbagai artis Malaysia yang telah menawarkan pelbagai hasil karya NFT menerusi platform tersebut dan memberikan pelbagai kelebihan kepada komunitinya.

Antara kelebihan yang diberikan termasuklah pendidikan kripto secara terperinci, menerima barangan eksklusif, tiket konsert dan lain-lain lagi yang pasti diminati ramai. Bahkan, sebahagian hasil jualan NFT juga sedia disalurkan kepada mereka yang memerlukan atau program yang bermanfaat.

Malah, artis kreatif di luar sana juga boleh menjana pendapatan dengan lebih mudah dengan memuat naik hasil karya mereka menerusi sejumlah platform jual beli NFT foundation.app, objkt.com dan Pentas.

5. Mempamerkan karya NFT secara sah dan fizikal

Sumber Gambar: Qonos

Tidak lama lagi, para pemilik juga boleh mempamerkan hasil karya yang dibeli di rumah seperti karya yang digantung secara fizikal hari ini. Setakat ini, terdapat sebuah platform NFT yang menawarkan servis sedemikian iaitu Uniqly di mana mereka boleh menghasilkan NFT menjadi objek fizikal seperti baju dan sebagainya.

Oleh itu, tidak hairanlah ramai influencer seperti Khairul Aming ingin memasuki dunia NFT yang kian menerima populariti di seluruh dunia. Setiap NFT yang dijual sudah pasti mempunyai nilai yang tinggi serta kelebihan yang boleh dinikmati oleh komunitinya. Maka, mempunyai NFT bukanlah suatu yang sia-sia sebalinya lebih banyak penggunaan NFT yang boleh dimanfaatkan pada masa akan datang.

Ketahui juga seramai 6 anak seni tempatan yang berjaya menjana pendapatan sehingga 6 angka menerusi penjualan karya NFT sahaja.

6 Anak Seni Tempatan Yang Berjaya Menjana Sehingga 6 Angka Menerusi Penjualan Karya NFT

Jualan Tertinggi Dalam Sejarah Pentas, Karya NFT ‘Sang Saka’ Terjual Dengan Harga RM45,880

Pentas, Platform Jual Beli NFT Tempatan Memfokuskan Budaya Malaysia

Sumber