Platform OpenSea baru-baru ini dilaporkan menghadapi masalah kecurian sejumlah besar karya NFT sehingga menanggung kerugian mencecah jutaan ringgit. Hal ini dikatakan boleh berlaku disebabkan oleh serangan phishing yang dibuat oleh penjenayah ke atas sebahagian pengguna.

Sementara itu, seorang lelaki di Texas bernama Timoty McKimmy pula dilaporkan secara tidak sengaja menjual NFT BAYC yang dimilikinya pada harga 0.01 ETH bersamaan RM109 di platform OpenSea. Beliau mendakwa bahawa pihak OpenSea mengetahui akan tentang pepijat yang membenarkan penggodam membeli NFT dengan harga jauh di bawah pasaran.

Sumber Gambar: OpenSea

McKimmy telah menfailkan aduan di mahkamah Texas yang mendakwa beliau adalah pemilik karya NFT Bored Ape #3475 dan NFT itu tidak pernah disenaraikan untuk dijual. Sebaliknya, mangsa mendakwa bahawa NFT berkenaan telah dicuri dan kemudian dijual semula oleh penggodam dengan harga 99 ETH (~RM1.08 juta).

Dari 10,000 karya NFT BAYC yang dihasilkan, McKimmy mendakwa lagi NFT yang dimiliki berada dalam kedudukan percentile ke-14 teratas yang bermaksud ia adalah karya yang sangat rare. Oleh itu, beliau telah memilih untuk menyaman untuk pemulangan karya NFT BAYC miliknya atau bayar ganti rugi sekitar $1 juta (RM4.2 juta) atau kedua-duanya sekaligus.

Perkara lain yang turut diutarakan adalah bagaimana pihak OpenSea masih beroperasi seperti biasa dan mengutip sebanyak 2.5% bagi setiap transaksi tanpa memikirkan keselamatan para pengguna dengan menutup platform terlebih dahulu dalam menangani isu itu.

Bahkan, pihak OpenSea juga memberitahu beliau bahawa mereka sedang ‘menyiasat secara giat’ tentang isu pelanggaran keselamatan tetapi tidak melakukan sebarang solusi untuk membantunya walaupun sudah dicuba berulang kali dalam menyelesaikan isu itu. Malah, pepijat ini dilihat sering digunakan untuk mendapatkan NFT secara haram pada harga lebih rendah.

Pada tahun 2021 sahaja, dilaporkan jenayah penipuan kriptowang menyebabkan kerugian mencecah berbilion ringgit dengan peningkatan sebanyak 80% berbanding tahun sebelumnya.

Jenayah Penipuan Kriptowang Mengakibatkan Kerugian Mencecah RM58.82 Billion Sepanjang Tahun 2021

Menggunakan Iklan Google, ‘Scammer’ Ini Berjaya Mencuri RM2.07 Juta Kriptowang Pengguna