Walaupun kriptowang sedia terkenal di setiap pelosok dunia, sebenarnya masih sukar untuk diakses sebagai medium pembayaran seharian. Boleh dikatakan masih tidak banyak kedai atau bank yang menyediakan kemudahan transaksi berasaskan kriptowang.

Terbaharu, Mastercard ingin mereliasasikan keupayaan pembayaran berasaskan kriptowang dengan kerjasama bersama Binance iaitu sebuah platform dagangan kriptowang global. Dengan kerjasama ini, pihak Mastercard berjaya melancarkan kad prepaid berasaskan kriptowang buat pertama kalinya di Argentina.

Setakat ini, ia masih dalam peringkat beta dan bakal boleh diakses secara meluas pada masa kelak. Pengguna di Argentina dengan ID sah yang lengkap boleh mendapatkan akses kepada kad Binance ini. Pelancaran produk ini merupakan sebahagian daripada pengembangan perkhidmatan di peringkat global.

Kad baharu itu akan membolehkan pengguna menggunakan kriptowang untuk pembayaran di lebih 90 juta merchant di bawah Mastercard di seluruh dunia. Dengan kad ini, kriptowang akan ditukarkan kepada mata wang fiat dalam masa nyata pada masa pembelian.

Menariknya, pemegang kad juga akan memperolehi pulangan tunai kriptowang sebanyak 8% pada semua pembelian yang layak. Setiap pengeluaran di ATM juga akan bebas daripada sebarang caj. Selain itu, pemegang kad Binance boleh menguruskan atau pun mengakses fungsi kad menerusi aplikasi dan laman web dengan mudah.

Sementaradi Malaysia tular pula berkenaan platform kriptowang Huobi yang disenaraikan dalam pemantauan Suruhanjaya Sekuriti.

Platform Kriptowang Huobi Disenaraikan Dalam Pantauan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Kejatuhan Nilai Kriptowang Dikatakan Berjaya Bantutkan Program Nuklear Korea Utara