Binance merupakan sebuah platform perdagangan pertukaran kriptowang yang popular di kalangan pelabur dunia. Kini Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas Binance kerana mengendalikan bursa aset digital (DAX) secara haram di Malaysia.

Melalui siaran media SC, Binance telah melanggar undang-undang di bawah Seksyen 7(1) dan 34(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 kerana gagal mendaftar secara sah sebagai Pengendali Pasaran yang Diiktiraf(RMO) kepada SC.

Biggest Cryptocurrencies Of World
Sumber Gambar: Global Times

Sehubungan dengan itu, Binance telah diarahkan untuk menutup akses ke laman web dan aplikasi mudah alih mereka di Malaysia dalam tempoh 14 hari bekerja yang bermula dari 26 Julai yang lepas.

Di samping itu, Binance juga telah diminta menghentikan segala aktiviti media serta pemasaran kepada pelabur Malaysia dan juga termasuk sekatan akses ke kumpulan Telegram Binance berkenaan.

vocket-tech-news-binance-2
Sumber Gambar: Financial Times

Tambahan pula, SC turut menasihatkan pelabur agar tidak menggunakan bursa aset digital (DAX) yang tidak disahkan. Malah, pelabur yang mempunyai akaun Binance digesa agar menghentikan aktiviti dagangan dan mengeluarkan pelaburan daripada platform tersebut.

Ini antara alternatif platform kriptowang yang berjaya mendapatkan pengesahan operasi di Malaysia iaitu Luno. 

Platform Kriptowang Luno Berjaya Mendapatkan Pengesahan Operasi Di Malaysia

7,000 Bitcoin Bernilai RM166.26 Juta Hilang Selepas Platform Kriptowang Digodam

Sumber