Sekiranya anda merupakan seorang pelabur atau aktif mengikuti perkembangan kriptowang, pastinya CZ bukan lagi individu yang asing bagi anda. Dalam pada itu, buat anda yang pelabur kriptowang, pastinya anda tertanya-tanya siapakah CZ yang dengan pantas berjaya muncul sebagai manusia terkaya di Asia ini.

Untuk pengetahuan, CZ atau nama sebenarnya Changpeng Zhao merupakan pengasas serta CEO kepada syarikat Binance. Beliau yang baru sahaja berusia 44 tahun ini berjaya mencapai status manusia terkaya Asia pada tahun 2022 menurut Wikipedia selepas platform Binance muncul sebagai platform kriptowang paling popular di dunia.

Sumber: business insider

Difahamkan individu yang berasal dari China ini mulai mendapat pendidikan awal di Kanada selepas mengikuti ibu bapanya yang berpindah ke negara berkenaan. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di McGill University di Montrel dalam jurusan sains komputer.

Menariknya, beliau juga sempat bertugas sebagai pekerja di McDonald’s sebelum bertugas sebagai CTO di platform OKCoin. Tahun 2017 nyata mengubah hidupnya selepas beliau memilih untuk mengundur diri daripada OKCoin dan membangunkan platform kriptowang beliau sendiri iaitu Binance.

Binance pada awalnya berjaya meraih $15 juta (~RM62.65 juta) menerusi IPO dan lapan bulan kemudiannya segalanya menjadi sejarah apabila platform ini berjaya muncul sebagai platform kriptowang mempunyai jumlah pengguna teramai dunia.

Lebih hebat, kriptowang Binance Coin atau lebih dikenali sebagai BNB berjaya berada di tangga ketiga teratas mengikut nilai market cap selepas Bitcoin dan Ethereum berikutan mempunyai penggunaan yang pelbagai dalam dunia kriptowang dan blockchain.

Sumber: the financial express

Meskipun dilanda dengan pelbagai halangan melibatkan penggunaan Binance di negara-negara luar, kekayaan CZ dilihat tidak terjejas dengan drastik sebaliknya terus meningkat di mana beliau bukan sahaja manusia terkaya Asia malah berjaya muncul sebagai manusia ke-11 terkaya dunia.

Kejayaan CZ dalam menduduki tangga manusia terkaya dunia nyata mengejutkan ramai melihatkan kepada tempoh yang singkat diperlukan beliau sejak membangunkan Binance berbanding individu-individu lain yang sudah berpuluh tahun dalam industri masing-masing.

Ikuti juga kisah Ghozali yang menggunakan ‘selfie’ beliau sebagai NFT sehingga berjaya rebutan orang ramai ini.

Jadikan Gambar Sebagai NFT, ‘Selfie’ Harian Lelaki Ini Laris Selepas Tular Di Twitter

6 Artis Tempatan Yang Sudah Terlibat Dalam Dunia NFT