Sebelum ini, Apple sedia menawarkan ciri noise cancellation pada iPhone yang mana dapat membuang sebarang gangguan bunyi latar ketika menjawab panggilan suara menerusinya. Namun, ciri ini sudah tidak boleh dinikmati lagi oleh para pengguna iPhone 13 selepas ia dibuang oleh pihak Apple.
Ciri ini bagaimanapun masih tersedia pada beberapa iPhone generasi terdahulu sementara barisan iPhone 13 dikesan sudah tidak dapat mengakses ciri berkenaan pada tetapan peranti. Pada mulanya, ramai hanya menganggap ini hanyalah masalah pepijat yang mungkin boleh diselesaikan pada kemas kini iOS akan datang.
Akan tetapi, pihak Apple sendiri sudah mengesahkan yang mana ciri noise cancellation sememangnya sudah dibuang pada iPhone 13. Perkara ini sekaligus menjadi tanda tanya buat semua pengguna internet mengapa ciri sebegitu penting telah dibuang secara sembunyi dan hanya diketahui selepas disoal oleh pengguna.
Setakat ini, tiada sebarang perincian sebab yang diberikan mengapa ciri tersebut dibuang pada barisan model iPhone terbaharu. Sama-sama kita nantikan penjelasan sebab yang mungkin akan dikongsikan oleh pihak Apple kelak.
Baru-baru ini juga dilaporkan sokongan kunci digital Apple sedia diperluaskan pada kereta Hyundai pula selepas ini.
Selepas BMW, Sokongan Apple CarKey Bakal Diperluaskan Pada Kereta Keluaran Hyundai
Set Kepala AR Keluaran Apple Dijangka Bakal Ditawarkan Dengan Harga Melebihi RM8,000