Selain memperkenalkan MacBook Air 2022 sebagai komputer riba keluaran Apple yang pertama dijana cip Apple M2, Apple juga memperkenalkan kehadiran MacBook Pro dengan skrin 13-inci yang dikuasakan dengan cip Apple M2 juga.

Walaupun MacBook Pro kali ini hadir dengan cip Apple M2, ia masih menggunakan rekaan yang sama tidak seperti MacBook Air 2022. Hal ini sekaligus membawa kepada rekaan bingkai yang sedikit tebal. Apple juga tidak menyertakan takuk pada komputer riba ini dalam masa yang sama masih mengekalkan ciri Touch Bar pada bahagian atas papan kekunci.

Sumber Gambar: Youtube

Di bawah barisan Pro juga, ia turut menawarkan sokongan memori sehingga 24GB RAM serta storan sehingga 2TB. Ditambah pula jangka hayat bateri yang mencecah 20 jam lamanya dan juga sistem penyejukan aktif yang menjanjikan suhu sentiasa berada dalam keadaan optimum bagi kegunaan semasa serta komponen dalaman.

Apple dijangka menawarkan MacBook Pro ini bermula mula hadapan kepada umum. MacBook Pro baharu ini bakal ditawarkan pada harga bermula RM5,699 untuk versi 8-teras GPU sementara versi 10-teras GPU bermula RM6,499.

Sebelum ini juga, sudah kedengaran spekulasi berkaitan pengeluaran iPhone 14 yang dijangka bakal terjejas ekoran perintah berkurung di China.

Ekoran Perintah Berkurung Di China, Pengeluaran iPhone 14 Dijangka Bakal Terjejas

Siri iPhone 13 Berjaya Muncul Sebagai Telefon Terlaris Dunia Pada Suku Pertama 2022

Sumber