Apple sekitar dua bulan lalu telah mengejutkan ramai dengan penawaran kabel Tunderbolt 4 Pro dengan kepanjangan 1.8 meter pada harga RM649. Di sangka sudah cukup mahal bagi sebuah kabel, Apple baru-baru ini telah melancarkan sebuah lagi kabel jenis yang sama dengan kepanjangan 3 meter pada harga RM799.

Menerusi penawaran di laman web Apple, kabel ini sedia untuk dihantar buat pembeli yang berminat seawal 13 Mei ini. Untuk pengeteahuan, kabel dengan kepanjangan 3 meter ini menawarkan sokongan pemindahan data pantas iaitu sepantas 40Gb/s.

Selain itu, kabel ini turut menyokong pengecasan sehingga 100W serta boleh disambungkan ke Studio Display, Pro Display XDR dan juga pelbagai perkakasan lain. Khusus buat para pembeli yang berminat, anda boleh dapatkannya pada harga RM799 dengan klik di sini.

Tular baru-baru ini apabila AirPods berjaya menjadi ‘alat penjejak’ buat lelaki Ukraine ini dalam menjejak pergerakan tentera Rusia.

Angkara AirPods Dicuri, Lelaki Ukraine Ini Secara ‘Tidak Sengaja’ Berjaya Jejak Pergerakan Tentera Rusia

Didakwa Bandar Yang ‘Gagal’, Ini Bukti 8 Usahawan Teknologi Yang Berjaya Dilahirkan Dari Cyberjaya