Siri model iPhone 12 Mini telah menjadi salah satu telefon pintar yang kompak di pasaran pada tahun yang lalu. Namun, model ini dilihat tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan berbanding model-model lain yang ditawarkan.

Terbaharu, melalui laporan Nikkei Apple akan mengekalkan penawaran 4 model pada tahun hadapan dengan menambah variasi iPhone Pro Max pada harga yang lebih murah berbanding versi premium yang ditawarkan.

vocket-tech-news-iphone-pro-1
Sumber Gambar: Gadgets 360

Pengguna bakal melihat kehadiran dua variasi iPhone dengan skrin bersaiz 6.1-inci dan dua variasi lagi dengan skrin bersaiz 6.7-inci pada tahun 2022. Tambahan pula, kedua-dua barisan ini akan hadir dengan variasi iPhone biasa dan juga versi Pro.

Selain itu, Apple dijangka masih lagi menawarkan iPhone 13 mini seperti yang dirancang. Dalam erti kata lain, pengguna masih berpeluang mendapatkan iPhone baharu dengan saiz skrin yang kecil apabila mulai dilancarkan kelak.

Apple juga dilaporkan bakal memperkenalkan iPhone SE baharu dengan sokongan 5G pada tahun hadapan.

Apple Bakal Memperkenalkan iPhone SE Baharu Dengan Sokongan 5G Pada 2022

‘MagSafe Battery Pack’ Untuk iPhone 12 Dijual Pada Harga RM479, Kapasiti Hanya 1,460mAh