Pada tahun 2016, Tim Cook telah mengumumkan tentang kejayaan penjualan iPhone sebanyak 1 bilion unit di suatu perjumpaan khas bersama pekerjanya. Pengumuman tersebut telah dikongsi kepada umum menerusi laman sesawang mereka.

Nampaknya kejayaan tersebut masih berterusan lagi selepas Apple dilaporkan berjaya menjual sebanyak dua bilion unit iPhone baru-baru ini. Akan tetapi, Apple dilihat tidak lagi  berkongsi maklumat jumlah jualan iPhone yang terjual sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sumber Gambar: Nikkei Asia

Menerusi laporan sama, jumlah pengguna iPhone yang aktif pada saat ini sudah melebihi 1 bilion pengguna. Antara punca yang menyumbang kepada hasil jualan iPhone yang tinggi disebabkan pertambahan kadar peralihan pengguna Android ke peranti iOS sementara pengguna iOS masih terus kekal menggunakan iPhone mereka.

Kehadiran fungsi yang menarik pada iPhone juga telah menarik lebih banyak pengguna untuk mendapatkannya. Ditambah pula dengan nilai model iPhone terdahulu yang masih kukuh untuk dijual semula telah membuatkan ianya pilihan berbaloi. Malahan, pengenalan iPhone 13 terbaharu bakal merancakkan hasil jualan dan penambahan jumlah pengguna di seluruh dunia sekaligus.

Sumber Gambar: Apple

Apple mengambil masa selama sembilan tahun untuk mencapai hasil jualan iPhone satu bilion yang pertama dan dilihat durasi lebih pendek untuk mencecah satu bilion berikutnya iaitu sekitar lima tahun sahaja. Apple berpontesi mendominasi pasaran telefon pintar sekiranya mereka kekal konsisten mendapatkan hasil jualan yang tinggi.

Selain itu, Apple dikatakan sedang membangunkan fungsi kesan kesihatan mental menerusi iPhone dalam beberapa tahun lagi.

Apple Sedang Bangunkan Fungsi Kesan Kesihatan Mental Menerusi iPhone

Apple Mungkin Perkenalkan iPhone Boleh Lipat Menjelang Tahun 2023

Sumber