Seperti yang kita sedia maklum, peranti Apple Watch telah dilengkapi dengan pelbagai sensor kesihatan dalam memantau tahap kesihatan pengguna. Apple dilihat mahu meluaskan lagi kemampuan pemantauan kesihatan menerusi telefon pintar pula.

Terbaharu, Apple dilaporkan sedang membangunkan sebuah teknologi yang mampu mengesan masalah kemurungan atau mental yang lain menerusi iPhone sahaja. Sejumlah data yang bakal dikumpul berdasarkan tabiat pengguna seperti aktiviti fizikal, kepantasan menaip, corak tidur dan sebagainya dalam mendapatkan keputusan mental seseorang.

Sumber Gambar: Anthonyzhou

Dikatakan Apple bakal melakukan pengumpulan maklumat di dalam skala yang besar pada penyelidikan berkenaan bagi menjayakan fungsi terbaru ini.

Sekiranya maklumat yang terkumpul selari dengan simptom penyakit mental yang dikaji, Apple dilaporkan bakal mencipta ssebuah fungsi baharu yang boleh memberi amaran awal kepada pengguna berkaitan potensi masalah mental yang sedang pengguna.

Sumber Gambar: iMore

Setakat ini, penyelidikan ini masih berada di peringkat awal lagi di mana ianya mungkin memakan masa beberapa tahun sebelum ditawarkan kepada peranti iPhone. Perkembangan ini dilihat sangat baik kerana dapat memudahkan pengguna mengetahui masalah kesihatan mental menerusi telefon pintar sahaja.

Ketahui bagaimana kemampuan Apple Watch mampu memantau kesihatan pengguna dengan sejumlah fungsi yang ditawarkan.

Kerap Alami Masalah Pitam, Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Apple Watch Bantu Beliau Menjaga Kesihatan

Apple Umumkan Barisan Model Terbaharu iPad Dan Apple Watch Series 7