Sudah menjadi kebiasaan setiap tahun dimana Apple bakal melancarkan model terbaru mereka termasuk iPhone pada bulan September.

Pada tahun ini menerusi Apple Event, Apple telah melancarkan beberapa produk terdiri daripada iPad, Apple Watch dan iPhone. Berikut merupakan perubahan terbaru yang ditawarkan pada model iPad, iPad mini dan Apple Watch Series 7.

iPad

Apple pada tahun ini meneruskan lagi siri iPad asas menerusi model iPad generasi kesembilan. Model terbaharu ini hadir dengan processor Apple A13 Bionic yang menjanjikan prestasi 20% pantas.

Model generasi terbaharu ini turut ditawarkan dengan kamera 12-megapixel serta turut menyokong Center Stage dalam membantu pengguna ketika panggilan video.

Rekaan model iPad generasi kesembilan ini masih mengekalkan rekaan yang sama dengan sokongan unlock menerusi TouchID.

iPad mini

Lama dinantikan peminat, Apple akhirnya pada tahun ini telah memperkenalkan kemas kini terbaru pada iPad mini sekaligus menggelarkannya sebagai kemas kini terbesar buat model ini.

iPad mini generasi terbaru hadir dengan saiz skrin 8.3-inci dengan cip pemprosesan yang mampu menawarkan kuasa pemprosesan CPU 40% lebih pantas, 80% kuasa GPU dan machine learning dua kali lebih pantas.

Model pada kali hadir dengan rekaan yang lebih fresh dengan ketiadan butang fizikal pada bahagian seakan model iPad Air. iPad mini turut menyokong sokongan 5G dalam memudahkan pengguna.

Kamera pada model ini turut diberi kemas kini menerusi penawaran sensor 12-megapixel f/1.8 pada bahagian belakang manakala kamera swafoto turut hadir dengan sensor 12-megapixel beserta sokongan lensa ultrawide.

iPad mini bakal ditawarkan dengan harga bermula daripada RM2,299 untuk model WiFi dengan storan 64GB manakala model selular ditawarkan bermula daripada RM2,949. Model ini hadir dengan beberapa pilihan warna terdiri daripada Pink, Starlight, Purple dan Space Grey beserta sokongan storan sehingga 256GB.

Apple Watch Series 7

Apple Watch Series 7 pada kali ini nampaknya lebih memfokuskan kepada prestasi buat para pengguna beserta beberapa fungsi yang telah dipertingkatkan.

Rekaan yang ditawarkan pada kali ini lebih nipis berbanding model sebelumnya serta menawarkan saiz skrin 20% lebih besar berbanding Apple Watch Series 6.

Menerusi model terbaru ini, Apple menjanjikan tempoh pengecasan yang lebih pantas iaitu 33% lebih baik berbanding Apple Watch Series 6 menerusi pengguna pengecasan magnetik yang disambung pada kabel USB-C.

Pihak Apple turut mendakwa model terbaru Apple Watch ini sebagai model paling lasak pernah dilancarkan mereka.

Kehadiran model terbaru ini telah menggantikan Apple Watch Series 6 di pasaran sekaligus membuatkan Apple Watch Series 6 tidak lagi ditawarkan secara rasmi.

Minggu lalu telah menyaksikan rekaan tertiris iPhone 14 sebelum iPhone 13 dilancarkan secara rasmi pada hari ini.

Belum Lagi iPhone 13 Dilancarkan, Rekaan iPhone 14 Sudah Mulai Tertiris

Lelaki Ini Kongsi 6 Faktor Penting Yang Membuatkan MacBook Pro Pelaburan Yang Berbaloi