Di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, pasti ramai di kalangan kita memeriksa sesuatu harga barangan runcit yang mahu dibeli terlebih dahulu. Perkara ini agak sukar dilakukan sekiranya terdapat sejumlah kedai berdekatan yang perlu diambil kira dalam satu-satu masa.

Sehubungan itu, kerajaan kini menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menyediakan sebuah aplikasi khusus untuk membuat perkara sedemikian yang dikenali sebagai Price Catcher. Melaluinya, anda boleh membuat semakan dan perbandingan harga untuk lebih 400 barangan runcit.

Sumber Gambar: Aplikasi Price Checker

Ditambah pula dengan ciri sokongan geolokasi yang boleh memaparkan harga barangan mengikut kedai-kedai runcit berdekatan dengan kawasan anda. Malah, harga barangan sedia dipaparkan bersama tarikh kemas kini semasa serta boleh didapati mengikut paling murah sehinggalah paling mahal.

Menariknya, anda juga boleh melihat harga barangan semasa atas talian sebagai rujukan sewaktu mencari barangan runcit di platform-platform jualan atas talian. Di samping itu, para pengguna juga boleh memuat naik gambar barangan berserta maklumat ringkat di bahagian Kongsi yang boleh dilihat oleh pengguna lain juga.

Sumber Gambar: Aplikasi Price Checker

Terdapat beberapa masalah yang dikesan sewaktu penggunaan aplikasi tersebut yang mana didapati menghadapi masalah lambat loading apabila memasuki laman baharu serta harga barangan yang tidak dikemas kini pada sesetengah kedai yang dipaparkan.

Bagaimanapun, usaha ini dilihat sangat baik serta menerima komen yang positif dari kalangan pengguna kerana dapat memudahkan urusan pembelian barang runcit mereka. Jika anda berminat untuk mencuba aplikasi Price Checker, kini ia boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store dan App Store.

Ketahui juga lima aplikasi ramalan cuaca terbaik yang boleh digunakan sebagai panduan harian anda untuk merancang perjalanan.

5 Aplikasi Ramalan Cuaca Terbaik Yang Boleh Diguna Pengguna iOS Dan Android

5 Aplikasi iPad Untuk Pastikan Kerja Anda Lebih Teratur Dan Produktif

Sumber