Kerajaan dilihat sangat giat menawarkan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan ekonomi negara serta rakyat seiring dengan menggunakan teknologi terkini. Ini termasuklah penawaran rangkaian 5G serta beberapa aplikasi atau laman web e-dagang khas yang boleh dimanfaatkan oleh orang ramai.

Sehubungan itu, seramai 20,000 usahawan luar bandar disasarkan berdaftar dengan aplikasi eDesa yang dibangunkan khusus untuk meningkatkan ekonomi peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) menjelang hujung tahun ini. Platform eDesa ini bakal membuka peluang pekerjaan baru kepada kumpulan penghantar makanan serta ‘runner’.

Sumber Gambar: MYKMU.NET

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahadzir menyatakan bahawa pendaftaran usahawa IKS yang memasarkan produk menerusi platform eDesa dijangka meningkat menjelang Ramadan ini sehingga hujung tahun 2022. Setakat ini sahaja sudah seramai 500 usahawan luar bandar berdaftar dan dijangka meningkat ke 1,000 orang pula pada Ramadan kelak.

Jumlah pendaftaran ini akan meningkat sehingga 20,000 ahli pula menjelang hujung tahun ini. Agensi di bawah KLPB juga bersedia untuk membantu dalam meningkatkan pendapatan dan hasil masyarakat luar bandar khususnya peniaga kecil menerusi platform berkenaan.

Menariknya, aplikasi ini sudah menembusi pasaran di seluruh negara dengan diperluaskan kepada pengusaha barangan kering dan basah, pengusaha inap desa dan juga pelbagai perkhidmatan yang membabitkan kumpulan PKS dari luar bandar. Dengan ini, para usahawan boleh membuat jualan secara fizikal dan dalam talian sekaligus.

Dengan kehadiran aplikasi eDesa ini diharapkan bakal menjadi hub pilihan buat setiap rakyat mendapatkan produk serta perkhidmatan buatan tempatan terutamanya daripada warga kampung. Aplikasi e-dagang ini menfokuskan jualan produk dan perkhidmatan IKS termasuklah pertanian, hasil laut, makanan inap desa, barang mentah dan buah-buahan.

Seiring dengan kepentingan jualan dalam talian, kerajaan sudah pun meminta syarikat telco menaik taraf liputan agar akses internet yang lebih baik.

Kerajaan Minta Syarikat Telekomunikasi Naik Taraf Liputan Dan Perkhidmatan Demi Kepentingan Pengguna

Kerajaan Ingin Kekang Kandungan Sensitif Pada Perkhidmatan Penstriman Seperti Netflix

Sumber