Kehadiran pelbagai peranti pada masa ini telah menjadikan pengguna lebih mudah untuk membuat tugasan seharian. Teknologi yang semakin berkembang telah menjadikan tablet seperti iPad mampu untuk melaksanakan kerja yang berat atau menjalankan perisian yang kompleks. Secara tidak langsung, anda boleh membuat tugasan di mana-mana serta boleh menambah efisien sewaktu bekerja dengan aplikasi iPad untuk kerja.

Anda perlu mengurus masa dan jadual kerja sebaiknya bagi meningkatkan produktiviti harian. Tambahan pula, anda boleh menggunakan pelbagai aplikasi iPad yang terdapat di App Store untuk memberi efisien pada tugasan harian. Ini antara pilihan aplikasi iPad untuk kerja yang produktif dan efisien untuk kegunaan harian anda.

1. Evernote

aplikasi iPad untuk kerja

Aplikasi Evernote merupakan sebuah aplikasi untuk membuat catatan nota di pelbagai platform untuk produktiviti harian. Evernote membenarkan pengguna untuk mencatat nota atau memuat naik gambar, audio serta coretan video dan terus simpan di cloud yang boleh diakses melalui pelbagai peranti.

Fungsi pencarian di Evernote pula sangat baik kerana anda boleh mencari sebarang nota dengan hanya gunakan tag atau kata kunci yang ada di dalam kandungan nota anda. Kemampuan aplikasi ini untuk sync segala nota ke semua peranti akan memudahkan anda untuk mengaksesnya pada bila-bila masa.

Antara muka yang mesra pengguna juga telah menjadikan pengguna boleh memahami segala fungsi yang tersedia di aplikasi ini. Di samping itu, anda boleh berkongsi segala fail atau nota dengan lebih cepat kepada rakan sekerja.Tambahan pula, terdapat fungsi menyemak tulisan di dalam gambar dengan menggunakan teknologi optikal pengecaman huruf.

Ini adalah satu solusi untuk anda yang ingin mengesktrak data dari teks yang dicetak atau ditulis di dalam dokumen atau fail gambar lalu ditukar menjadi format teks yang boleh dibaca oleh mesin untuk pemprosesan data seperti membuat carian atau mengedit. Anda boleh dapatkan aplikasi untuk kerja ini di App Store.

Pro

  • Boleh dipakai pada semua peranti.
  • Sync semua informasi dengan pantas.
  • Senang untuk mencari fail walaupun dalam kuantiti yang banyak.
  • Antara muka yang mesra pengguna.

Cons

  • Harga terlalu mahal jika anda ingin menggunakan fungsi yang lebih banyak.
  • Akaun percuma mempunyai fungsi yang terhad.
  •  Eksport data hanya terhad kepada beberapa aplikasi sahaja.
  • Tidak boleh cipta spesifik tag pada spesifik ayat di nota.

Harga: Muat turun secara percuma dan langganan pakej bermula serendah RM11

2. PDF Expert

aplikasi iPad untuk kerja

Aplikasi PDF Expert mampu berfungsi lebih daripada sebagai alat membaca file PDF. Jika tugasan anda memang menggunakan fail PDF sebagai bahan utama, aplikasi ini akan meningkatkan produktiviti dalam menyiapkan tugasan tersebut. Anda dengan mudahnya boleh mengubah suai konten di dalam fail seperti tukar teks tulisan, gambar, dan pautan.

Semua jenis font, saiz, dan ketebalan boleh dikesan secara automatik supaya anda boleh terus buat sebarang perubahan di fail tersebut. Anda turut boleh menghantar fail PDF yang telah diubah suai ke emel tanpa perlu attach pada mesej. Hal ini sangat memudahkan pengguna yang memerlukan mereka untuk menghantar fail PDF pada setiap hari.

Fungsi alat lukisan turut disediakan bagi anda yang ingin menambah lakaran pada topik yang dibincangkan. Jika anda ingin menanda tangan pada fail digital, anda boleh terus meletakkan di fail PDF tersebut dan tanda tangan terus ditambah ke fail tersebut.

Kemampuan untuk mengubah saiz fail juga sangat membantu jika anda ingin menghantar fail PDF yang besar di emel, anda boleh  terus mengecilkan saiz dan hantar kepada penerima. Kini anda turut boleh memuat turun PDF Expert di App Store.

Pro

  • Senang untuk digunakan.
  • Antara muka yang intiutif.
  • Kos efektik.
  • Laju untuk membuka fail.

Cons

  • Sebahagian fungsi perlu dibeli secara langganan.
  • Proses carian fail yang lama.
  • Navigasi yang agak mengelirukan.
  • Pad  jejak untuk tanda tangan yang tidak tepat.

Harga: Muat turun secara percuma dan langganan pakej tahunan bermula dari RM203

3. Todoist

Selain itu, Aplikasi Todoist ini merupakan sebuah multi-platform untuk perancangan aktiviti atau tugasan. Malahan, aplikasi ini didatangkan dengan antara muka yang interaktif serta minimalis bagi memudahkan anda menguruskan perancangan tugasan atau membuat projek.

Fungsi yang ditawarkan untuk pengguna secara percuma sudah memadai bagi meningkatkan produktiviti anda. Todoist turut boleh digunakan pada sebarang peranti dan platfrom bagi memudahkan melihat perancangan aktiviti yang telah dibuat pada setiap hari. Di samping itu, anda boleh mencipta projek di dalam aplikasi ini dan boleh berkolabarasi sehingga 5 orang pada satu- satu masa.

Aplikasi ini turut menyediakan pelbagai warna tema supaya pengguna tidak akan bosan apabila menggunakannya pada setiap hari. Aplikasi ini turut memaparkan graf produktiviti anda bagi menjejak prestasi tugasan yang telah dibuat. Tambahan pula, anda boleh tetapkan warna pada tugasan untuk membezakan prioriti kerja pada minggu itu.

Maka, anda akan lebih peka dengan tugasan yang perlu disiapkan terlebih dahulu dan menjejak tugasan yang lain. Jika anda menggunakan servis Gmail untuk buat tugasan, ia bukanlah masalah kerana aplikasi ini telah menyediakan Gmail plugin bagi memudahkan anda untuk mengakses projek atau emel.

Anda turut boleh berkongsi perancangan aktiviti yang telah dibuat kepada orang lain. Hal yang demikian, rakan sekerja lain juga boleh mengetahui agenda tugasan dengan lebih mudah. Anda boleh dapatkan aplikasi Todoist di App Store pada hari ini.

Pro

  • Senang untuk digunakan.
  • Antara muka yang mesra pengguna.
  • Pelbagai fungsi percuma yang berguna.
  • Intergrasi dengan pelbagai platform.

Cons

  • Proses sync berhenti secara tiba-tiba.
  • Tidak mudah untuk membuat perkongsian.
  • Saiz huruf yang terhad.
  • Memerlukan masa untuk memahami sesetengah fungsi.

Harga: Muat turun secara percuma dan langganan pakej bermula serendah RM12

4. 1Password

Aplikasi 1Password merupakan aplikasi yang akan menyimpan kata laluan anda dan boleh mengakses semua aplikasi atau laman web tanpa perlu diisi. Jadi, anda tidak perlu pening kepala untuk ingat setiap kat laluan  di setiap platform dengan adanya aplikasi iPad untuk kerja ini.

Kata laluan anda akan terisi secara automatik sewaktu mengakses. Namun, aplikasi 1Password bukan hanya terhad pada pengurusan kata laluan semata-mata. Aplikasi ini juga mampu bertindak sebagai peti penyimpanan dokumen atau hub yang selamat untuk menyimpan segala maklumat kad kredit dan entri pendaftaran dengan automatik.

Aplikasi ini juga telah memberikan kata laluan rahsia untuk mengakses akaun 1Password di peranti anda. Jadi, hanya anda yang akan mengetahui kata laluan tersebut tanpa pengetahuan orang lain. Perkara yang paling menarik mengenai aplikasi ini ialah telah diuji oleh firma sekuriti terkemuka bagi memastikan ia benar-benar selamat untuk menyimpan maklumat sulit pengguna.

Pelbagai fungsi sekuriti yang terbina di dalam aplikasi ini dapat memastikan pengodam tidak mampu untuk mencuri data peribadi anda.Setiap akaun 1Password pengguna mempunyai “vault” atau pet besi di dalam perisian untuk menyimpan semua privasi dan data sensitif dan boleh diurus mengikut kategori yang diberikan.

Peti besi maya ini mempunyai data seperti  kata laluan mengisi borang, dokumen peribadi, kad kredit konfirmasi dan sebagainya. Tambahan pula, anda boleh berkongsi informasi di dalam peti besi maya tersebut dan mengurus siapa yang boleh mengakses. Anda boleh dapatkan aplikasi 1Password di Appstore jika berminat.

Pro

  • Pelbagai set alatan dan fungsi yang disediakan.
  • Sangat fleksible.
  • Integrasi dengan pelbagai platform dan program pejabat.
  • Tidak dapat mengesan sesetengah format perisian.

Cons

  • Aplikasi tidak dapat berfungsi di sesetengah laman web.
  • Antara muka yang sukar difahami.
  • Tiada pelan percuma.
  • Tiada pilihan untuk tukar kata laluan secara manual oleh pengguna.

Harga: Muat turun secara percuma dan langganan pakej bermula serendah RM12

5. Slack

aplikasi iPad untuk kerja

Akhir sekali, aplikasi Slack ialah sebuah aplikasi pesanan untuk kegunaan bisnes bagi menyampaikan informasi yang diperlukan. Setiap ahli kumpulan atau rakan sekerja di tempat kerja boleh berhubung melalui pelbagai peranti dan platform dengan fungsi yang tersedia di dalam aplikasi ini.

Anda boleh memuat naik dan kongsi fail berserta integrasi di pelbagai aplikasi dan servis bagi memudahkan perjalanan tugasan. Rekaan antara muka yang menarik boleh memudahkan anda untuk mengurus spesifik mesej berkumpulan serta membuka kumpulan kecil baru mengikut topik yang dibincangkan.

Selain itu, Slack menyediakan fungsi simpanan mesej bagi memudahkan anda untuk menyemak mesej yang terdahulu. Anda turut boleh membuat panggilan video bersama ahli kumpulan untuk berbincang mengenai tugasan secara terus. Aplikasi ini turut menyediakan fungsi undian dan kiraan keputusan bagi memudahkan anda untuk membuat keputusan pada sesuatu topik yang dibincangkan.

Malahan, semua orang di organisasi akan mendapat akses informasi yang dikongsi dan carian universal. Apabila anda bekerja sebagai satu pasukan di dalam saluran yang disediakan, semua ahli boleh mendapat maklumat yang selaras dan boleh membuat keputusan dengan cepat.

Gambar yang telah dimuat naik masih mengekalkan kualiti yang bagus walaupun telah dipindah daripada saluran yang lain. Rekaan antara muka yang menarik serta boleh mengubah warna boleh memberi pengalaman berbeza kepada pengguna. Anda boleh mengakses semua mesej yang belum dibuka atau spesifik thread pembualan di bahagian panel utama. Aplikasi Slack juga boleh didapati di App Store.

Pro

  • Fungsi notifikasi yang membantu.
  • Mudah untuk digunakan.
  • Berkongsi informasi dengan senang.
  • Rekod backlog informarsi penting.

Cons

  • Mahal.
  • Audio dan panggilan video perlu ditambah baik.
  • Kurang fungsi untuk organisasi.
  • Ruang storan yang terhad.

Harga: Muat turun secara percuma dan langganan pakej bermula serendah RM27

Produktivi kerja seharian anda boleh ditingkatkan dengan perancangan yang betul. Sebahagian proses boleh dipendekkan dengan bantuan aplikasi iPad untuk kerja. Malahan, anda juga turut boleh berkomunikasi dengan lebih dekat bersama teman sekerja bagi menyiapkan tugasan yang diberikan.

Selain itu, anda boleh tahu aplikasi iPad untuk catat nota dengan mudah dan kemas. Malahan, anda juga boleh mengetahui aplikasi online meeting selain Google Meet yang boleh digunakan sepanjang PKP. 

5 Aplikasi iPad Untuk Catat Nota Dengan Mudah Dan Kemas

6 Aplikasi Online Meeting Selain Google Meet Yang Anda Boleh Guna Sepanjang PKP