Pada hari ini berlaku lambakan jenama dan model smartphone yang bagus dengan harga berpatutan sudah boleh dimiliki. Malah, smartphone berbaloi yang ditawarkan juga mempunyai spesifikasi terkini serta boleh digunakan lama.

Selain itu, pihak pengeluar juga sangat kompetitif dengan penawaran kelebihan pada model yang dijual membuatkan ramai masih sukar membuat pemilihan peranti di dalam bajet linkungan RM1,000. Berikut merupakan enam smartphone yang anda boleh pertimbangkan dengan bajet tersebut untuk kegunaan jangka masa panjang.

1. Infinix Hot 10S

smartphone berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, antara model yang menjadi pilihan pengguna di Malaysia adalah Infinix Hot 10S. Model ini didatangkan dengan saiz skrin yang cukup besar iaitu 6.82 inci dan sokongan 90Hz refresh rate untuk pengalaman pelayaran yang lancar. Dikuasakan dengan  Mediatek Helio G85 yang dipadankan memori 4GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB.

Yang menariknya, bateri sebesar 6,000mAh telah disediakan dengan sokongan pengecasan 10W. Terdapat pengimbas wajah dan cap jari bagi memudahkan akses masuk dan penambahan ciri keselamatan pada telefon tersebut. Dari segi audio sudah ditambah baik dengan sistem pemproses audio DTS bagi menghasilkan bunyi yang lebih baik.

Anda boleh dapatkan model Infinix Hot 10S pada harga serendah RM509 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang Infinix Hot 10S

2. OPPO A16

smartphone berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

OPPO juga sedia menawarkan sebuah peranti yang kelas permulaan yang baik menerusi model A16. Model ini mempunyai skrin bersaiz 6.52-inci dengan resolusi HD+ dan juga refresh rate 60Hz. Kemudiannya dipadankan pula dengan cip MediaTek Helio G35, memori sebesar 3GB RAM dan storan dalaman 32GB.

Bateri pula sebesar 5,000 mAh dengan menyokong pengecasan pantas 10W menerusi kabel USB-C. Terdapat tiga kamera pada belakangnya yang turut hadir dengan teknologi AI membuatkan gambar lebih cantik. Untuk sekuriti pula, anda boleh menyahkunci sama ada menggunakan pengimbas cap jari sisi atau pengimbas wajah.

Jika anda mahukan model OPPO A16 ini, kini sedia ditawarkan pada harga RM549 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang OPPO A16

3. Vivo Y20S

Sumber Gambar: Shopee

Vivo bukan nama asing lagi dalam arena smartphone dalam menawarkan peranti yang berbaloi buat pengguna di luar sana. Menerusi model Y20S, ia dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 460, memori 8GB RAM dan storan dalaman yang boleh ditambah sehingga 256GB. Skrin pula bersaiz 6.51-inci HD+ untuk paparan yang menarik.

Untuk anda yang suka selfie, model ini sedia membawakan teknologi AI pada kamera hadapan yang boleh mencantikkan lagi gambar yang ditangkap. Kapasiti bateri sebesar 5,000 mAh dan boleh dicas dengan pengecasan pantas 18W. Terdapat pengimbas cap jari pada sisi peranti untuk menambah ciri sekuriti padanya.

Model Vivo Y20S ini sedia ditawarkan pada harga RM729 di Shopee pada hari ini.

Beli Sekarang Vivo Y20S

4. Samsung Galaxy M12

smartphone berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Antara model Samsung yang didambakan oleh para pengguna di luar sana kerana spesifikasi serba lengkap sudah semestinya Galaxy M12. Model ini dilengkapi paparan berukuran 6.5-inci TFT dengan resolusi HD+ berserta sokongan refresh rate 90Hz membuatkan ia sangatlah lancar dan cantik untuk memainkan sebarang media.

Memori 4GB RAM dipadankan dengan storan dalaman boleh mencapai 1TB. Kamera utama pula sebesar 48MP dan beberapa kamera khas lain serta kamera swafoto 8MP untuk menangkap yang baik. Baterinya pula sebesar 5,000 mAh dan juga terdapat sokongan dual sim untuk anda yang menggunakan dua telco dalam satu-satu masa.

Samsung Galaxy M12 ini boleh didapatkan pada harga RM799 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Samsung Galaxy M12

5. realme 9i

Sumber Gambar: Shopee

realme sudah menjadi antara pilihan pengguna tempatan sekaligus mendorong lebih banyak penawaran model dibawa masuk seperti realme 9i. Model ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 680 6m yang cukup berkuasa dan prestasi lebih lancar sewaktu penggunaan.

Skrin bersaiz 6.6-inci beresolusi FHD+ berserta sokongan pelarasan refresh rate secara automatik sehingga 90Hz. Malah, ia hadir dengan storan 6GB RAM dipadankan dengan storan dalaman 128. Bateri pula sebesar 5,000 mAh yang boleh bertahan sepanjang hari. Kamera utama mempunyai sensor sebesar 50MP dan diikuti dengan kamera swafoto 16MP.

Untuk anda yang mahukan model realme 9i yang serba canggih ini, kini dijual pada harga RM 869 melalui Shopee.

Beli Sekarang realme 9i

6. Xiaomi Redmi Note 11S

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, model yang sering menjadi sebutan para Youtuber dan peminat tech di luar sana adalah Xiaomi Redmi Note 11S. Model ini mempunyai skrin bersaiz 6.43-inci AMOLED yang boleh memaparkan visual dengan vibran. Spesifikasi dalaman adalah cip pemprosesan MediaTek Helio G96, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Kamera utama pula mencapai 108MP bersama beberapa sensor khas dan kamera swafoto 16MP. Menariknya, bateri sebesar 5,000 mAh tersebut menyokong pengecasan pantas 33W supaya boleh dicas penuh tanpa perlu menunggu masa yang lama. Terdapat pengimbas cap jari di sisi, IR Blaster, NFT dan sebagainya.

Xiaomi Redmi Note 11s boleh didapatkan pada harga RM999 di Shopee pada hari ini.

Beli Sekarang Xiaomi Redmi Note 11S

Berdasarkan penelitian daripada senarai di atas, model yang dilihat memenuhi kesemua kritirea di dalam prestasi, fotografi dan banyak lagi adalah Xiaomi Redmi Note 11S. Model ini bukan sahaja menerima maklum balas yang sangat positif, bahkan sering menjadi cadangan pilihan terbaik oleh para pengguna.

Diharapkan dengan senarai ini dapat memberi gambaran model peranti mana yang berbaloi untuk anda yang mahu mencari bajet di bawah RM1,000. Setiap model ini mempunyai spesifikasi yang padu untuk digunakan pada jangka masa panjang dan boleh menyokong pelbagai aplikasi menerusinya.

Selain itu, anda juga boleh mengetahui lima tablet yang berkualiti serta berbaloi di bawah RM1,500 di Shoppe dengan klik pautan di bawah.

5 Tablet Berkualiti Dan Berbaloi Di Bawah RM1,500 Untuk Kegunaan Tugasan Harian

5 Smart TV Terbaik Dan Berbaloi Dengan Harga Bawah RM2,500 Untuk Dimiliki Pada Tahun 2022

Sumber