Boleh dikatakan setiap bulan pasti akan ada pelancaran model-model smartphone mampu milik daripada jenama terkemuka. Ditambah pula dengan aplikasi pada hari ini yang lebih ‘demanding’ sekaligus memerlukan peranti yang lebih berkuasa untuk menjalankannya.

Dengan bajet RM2,000 dan ke bawah, anda sebenarnya sudah boleh memiliki peranti yang berkuasa pada harga berpatutan. Mari kita lihat lima smartphone bawah RM2,000 yang boleh boleh didapatkan di Shopee.

1. Redmi Note 11 Pro 5G

smartphone bajet
Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, Xiaomi sedia menawarkan sebuah model bajet yang serba canggih dengan harga berpatutan. Model ini menggunakan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci bersama sokongan refresh rate 120Hz. Malah, ia dikuasakan dengan cip terkini Snapdragon 695 serta memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman 128GB yang pasti dapat memenuhi keperluan seharian.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan gambar dan video yang baik dengan adanya sistem tri-kamera 108MP dan kamera swafoto 16 MP. Seperti Xiaomi 11T, peranti ini turut menyokong pengecasan 67W yang boleh mengecas bateri berkapasiti 5,000 mAh sehingga penuh dalam masa 42 minit sahaja. Dari speakernya pula menyokong Dolby Atmos untuk audio yang imersif

Jika anda berminat dengan model smartphone bajet keluaran Xiaomi ini, kini boleh dapatkan pada harga serendah RM1,299 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Redmi Note 11 Pro 5G

2. realme 9 Pro+

Sumber Gambar: Shopee

realme 9 Pro+ ini merupakan salah sebuah peranti yang menjadi pilihan pengguna di luar sana. Hal ini kerana spesifikasi yang ditawarkan adalah berbaloi dengan harganya. Model ini dikuasakan dengan Mediatek Dimensity 920 5G dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman sebesar 256GB. Terdapat sistem penyejukan khas bagi memastikan pengalaman gaming yang padu.

Skrin bersaiz 6.4-inci ini pula akan memaparkan visual dengan jelas dan lancar kerana menggunakan Super Amoled dengan sokongan refresh rate 90Hz. Dari segi fotografi, ia dilengkapi dengan sistem tri-kamera 50MP bersama kamera swafoto 16MP. Model ini juga hadir dengan bateri sebesar 4,500 mAh dan menyokong pengecasan pantas 60W.

Anda boleh dapatkan model realme 9 Pro+ ini dengan harga RM 1,599 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang realme 9 Pro+

3.  Samsung Galaxy A53 5G

Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, Samsung juga sedia membawakan siri Galaxy A yang sangat terkenal dengan spesifikasi yang baik bersama harga marhaen. Model Galaxy A53 5G kali ini dikuasakan dengan Exynos 1280 5G yang lebih berkuasa dan mempunyai sokongan rangkaian 5G. Dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Selaku pengeluar skrin peranti global, anda boleh jangkakan model ini dilengkapi dengan paparan skrin bersaiz 6.5-inci yang sangat cantik dan menarik. Kehadiran empat sistem kamera 64MP pasti dapat menawarkan pengalaman fotografi yang bagus. Bateri yang dimuatkan adalah 5,000 mAh dengan pengecasan pantas 25W.

Samsung Galaxy A53 5G ini berharga RM1,849 dan boleh didapatkan melalui Shopee hari ini.

Beli Sekarang Samsung Galaxy A53 5G

4. vivo V23 5G

smartphone bajet
Sumber Gambar: Shopee

vivo V23 5G ini terkenal menjadi peranti pertama yang hadir dengan panel belakang yang bertukar warna berdasarkan tahap pantulan cahaya. V23 ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Mediatek 920 5G dengan memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB pasti dapat mengendalikan sejumlah aplikasi dengan baik. Skrin 6.44-inci jenis AMOLED dengan refresh rate 90HZ.

Seperti biasa, peranti vivo sememangnya direka dengan menfokuskan pada fotografi. Kamera utama tampil sebesar 64MP bersama kamera tambahan lain yang dapat memastikan gambar atau video yang diambil lebih vibran dan menarik. Kapasiti bateri sebesar 4,200mAh hadir bersama sokongan pengecasan pantas 44W.

Anda boleh dapatkan dengan harga lebih rendah di Shopee berbanding harga asal iaitu RM1,879 sahaja.

Beli Sekarang vivo V23 5G

5. Oppo Reno 7 5G

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, sebuah lagi smartphone bawah RM2,000 yang berada dalam senarai kami adalah model Oppo Reno 7 5G yang baru sahaja dilancarkan pada Februari lalu. Spesifikasi yang ditawarkan peranti ini adalah  penggunaan cipset Mediatek Dimensity 900 bersama memori 8GB RAM berserta storan dalaman 256GB. Skrin berukuran 6.4-inci AMOLED FHD+ hadir dengan sokongan refresh rate 90Hz.

Kamera belakang merangkumi 64MP lensa utama, 8MP ultra lebar dan 2MP makro. Manakala, kamera swafoto pula menggunakan lensa 32 MP. Bateri berkapasiti 4,500 mAh boleh dicas penuh dalam 31 minit sahaja dengan adanya pengecasan pantas 65W SuperVOOC.

Anda boleh dapatkan model Oppo Reno 7 5G yang berharga RM1,989 menerusi Shopee hari ini.

Beli Sekarang Oppo Reno 7 5G

Kesemua model yang dinyatakan di atas mempunyai daya tarikan tersendiri. Pilihan yang berbaloi adalah vivo V23 5G kerana spesifikasi yang mantap untuk pengalaman penggunaan yang lancar seharian. Bukan itu sahaja, dari segi fotografi sudah terjamin sangat baik malah ditambah kapasiti bateri yang cukup besar.

Jika anda perasan, kesemua model di atas mempunyai sokongan rangkaian 5G yang sekaligus sangat berbaloi untuk didapatkan kerana lebih relevan untuk penggunaan jangka masa panjang. Semoga anda boleh membuat pilihan yang tepat dengan adanya senarai pilihan smartphone bawah RM2,000 terbaik setakat bulan ini.

Selain smartphone, anda juga mesti mahukan sebuat tablet mampu milik untuk hiburan dan seumpamanya. Boleh klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

6 Tablet Mampu Milik Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan Di Bawah RM1,500 Menerusi Shopee

6 Smartwatch Mampu Milik Yang Boleh Anda Dapatkan Dengan Harga Serendah RM39.70 Di Shopee

Sumber