Android TV terbaik kini menjadi pilihan pengguna yang mahu menikmati hiburan bersama keluarga tersayang. Dengan menjalankan sistem operasi Android, maka anda lebih mudah memasang sebarang aplikasi atau pun menggunakan Google Assistant dan memautkan produk Google yang lain.

Android TV kini boleh didapati dengan harga yang berpatutan kerana sudah ditawarkan secara meluas di pasaran. Pada kali ini, kita akan melihat sebanyak lima buah Android TV terbaik yang boleh didapatkan pada harga serendah RM1,299.10 di Shopee.

1. realme Full HD Android TV

android tv
Sumber Gambar: Shopee

realme merupakan salah satu jenama yang mulai digemari ramai oleh kerana penawaran peranti yang berbaloi di pasaran. Kini mereka juga sudah menawarkan sebuah Android TV dengan resolusi 2K Full HD bersama ciri Chroma Boost Picture Engine yang membuatkan paparan skrin jelas dan tidak mengalami sakit mata sewaktu menonton pada tempoh yang lama.

Realme Smart TV ini dilengkapi Android OS yang mana membolehkan anda memuat turun pelbagai aplikasi di Google Play Store dan juga menggunakan ciri Google Assistant. Terdapat beberapa port sambungan yang disediakan serta mempunyai sistem audio Dolby yang akan menjadikan setiap tontonan lebih menyeronokkan seperti di pawagam.

Kini anda boleh realme Full HD Android TV dengan harga serendah RM1,299.10 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang realme Full HD Android TV 

2. SHARP AQUOS Android TV

Sumber Gambar: Shopee

Ini merupakan sebuah model Android TV keluaran SHARP yang dilengkapi dengan spesifikasi padu termasuklah penggunaan cip pemprosesan X2 Master Engine Pro serta menjalankan sistem operasi Android 9.0. Kombinasi kedua-dua ini dapat memberikan output yang lebih realistik dan terperinci.

Malah, Google Play Store sudah tersedia untuk memudahkan lagi proses memuat turun aplikasi-aplikasi yang diminati. Selain daripada itu, anda juga dapat menikmati bunyi audio dengan jelas kerana mempunyai sistem sound reflector terbina padanya. Untuk tontonan yang lebih lama, terdapat mod comfort yang dapat menggurangkan 50% cahaya biru pada skrin.

SHARP AQUOS Android TV ini berharga RM1,399 yang boleh didapatkan menerusi Shopee.

Beli Sekarang SHARP AQUOS Android TV

3. Toshiba 4K UHD Android TV

Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, jenama terkemuka iaitu Toshiba juga ada menawarkan sebuah Android TV terbaik pada harga mampu milik. Model C350 ini memiliki rekaan bezeless dengan resolusi 4K UHD yang mampu menawarkan paparan visual dengan lebih luas dan menarik.

Dengan menjalankan sistem operasi Android, anda boleh mengawal televisyen tersebut menggunakan peranti Android atau menerusi suara dengan adanya Google Assistant. Selain itu, model ini juga mempunyai Google Play Store dan Chromecast yang sudah terbina. Malah, ia hadir dengan sistem audio Dolby Atmos dan DTS untuk output audio yang imersif.

Jika anda berminat dengan model C350 ini, bolehlah dapatkan di Shopee dengan harga RM1,599.

Beli Sekarang Toshiba 4K UHD Android TV

4. Haier 4K UHD Android TV

android tv terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Selain itu, Android TV jenama Haier turut menjadi antara pilihan pengguna di luar sana. Model ini didatangkan dengan resolusi 4K UHD dan sistem operasi Android 9.0 yang menjanjikan output yang lancar dan jelas. Menariknya, rekaan bingkai bezeless tampak lebih mimalis sekaligus menawarkan paparan konten yang lebih menyeluruh.

Malah, model ini hadir dengan Google Play Store, Youtube dan Netflix yang sudah terbina sekaligus memudahkan anda memuat turun konten dan terus menonton menerusinya. Kelebihan model ini adalah boleh mengawal atau memasang aplikasi baharu pada televisyen berkenaan menerusi aplikasi khas di telefon pintar sahaja.

Anda boleh mendapatkan Haier Full HD Android TV pada harga RM1,645 di Shopee hari ini.

Beli Sekarang Haier 4K UHD Android TV

5. Xiaomi Mi 4K Android TV 4S

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, Xiaomi M4 4K ini juga menjadi pilihan ramai kerana sedia menawarkan resolusi 4K dengan harga berpatutan. Model ini bukan sahaja mempunyai resolusi yang bagus, malah dilengkapi cip Amlogic Cortex A53 dengan sistem operasi Android 9.0 yang mampu menghasilkan output yang lebih lancar dan padu.

Malah, audio yang dihasilkan juga sangatlah bagus kerana mempunyai sistem audio Dolby Atmos dan DTS HD padanya. Model ini juga hadir dengan Google Play Store dan ciri Chromecast untuk memudahkan lagi anda mengakses hiburan yang diingini menerusi telefon pintar pada televisyen berekenaan. Terdapat beberapa port dan bluetooth untuk padanan dengan aksesori tambahan.

Xiaomi Mi 4K Android TV 4S ini boleh didapatkan dengan harga RM2,399 melalui Shopee.

Beli Sekarang Xiaomi Mi 4K Android TV 4S

Jika dilihat dari spesifikasi dan harga yang ditawarkan bagi setiap model di atas, Toshiba 4K UHD Android TV ini memang pilihan yang terbaik. Ini kerana penawaran sejumlah ciri canggih seperti barisan TV termahal namun boleh didapatkan pada harga mesra poket. Ditambah pula majoriti pengguna berpuasa hati dengan pembelian yang dibuat bagi model ini.

Android TV terbaik sememangnya menjadi dambaan bagi mereka yang mahukan pengalaman tontonan yang baik bersama ahli keluarga. Selain dapat mengeratkan silaturahim, anda juga boleh menggunakan Android TV untuk pelbagai tujuan termasuklah untuk mengajar anak-anak atau pun bermain permainan video.

Untuk anda yang mahu menggunakan ciri AirPlay, boleh lihat senarai pilihan media streaming yang bersesuaian menerusi pautan di bawah.

5 Media Streaming Mampu Milik Yang Sedia Menawarkan Sokongan AirPlay

6 Soundbar Terbaik Yang Boleh Tingkatkan Pengalaman Tontonan Anda Di Rumah

Sumber