Semakin ramai orang menggunakan soundbar terbaik untuk menikmati audio yang lebih jelas dan lantang sewaktu mendengar lagu mahu pun menonton filem di TV. Pada hari ini, terdapat pelbagai saiz dengan penawaran harga berpatutan yang ditawarkan buat mereka yang berminat.

Soundbar kini hadir dengan rekaan yang lebih kecil malahan mampu menawarkan bunyi yang imersif ke seluruh bilik tanpa perlu berbelanja besar. Mari kita lihat enam soundbar terbaik yang boleh didapatkan dengan harga serendah RM119 sahaja di Shopee.

1. Xiaomi Red MI TV Soundbar

soundbar terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Antara pilihan soundbar yang murah dan berkualiti di pasaran ketika ini adalah Xiaomi Red MI TV Soundbar. Reka bentuk soundbar ini tampak premium dan kompak yang membuatkan ia senang diletakkan pada ruangan kecil. Selain itu, terdapat juga subwoofer untuk menghasilkan efek bass atau kesan bunyi yang lebih tinggi.

Bukan itu sahaja, Red MI TV Soundbar turut dilengkapi dengan Bluetooth 5.0 serta sokongan AUX atau SPDIF jadi anda boleh sambungkan pada TV secara berwayar atau tanpa wayar dengan mudah. Kesan dari 8 unit bunyi soundbar Xiaomi memberikan kualiti bunyi yang stabil, crisp dan tidak berdegung.

Jika anda mahukan sebuah soundbar yang padu dan berbaloi, Xiaomi Red MI TV Soundbar pada harga RM119 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Xiaomi Red MI TV

2. Vinnfier Hypebar 300 BTR Soundbar

soundbar terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Vinnfier merupakan antara jenama yang sedia menawarkan sebuah soundbar terbaik dengan harga yang rendah di pasaran. Soundbar ini lengkap dengan subwoofer menjadikan semua sekali ada tiga saluran untuk menghasilkan bunyi 3D yang lebih realistik terutamanya babak aksi di dalam video yang dimainkan.

Selain itu, ia juga mempunyai sambungan Bluetooth 5.0 yang boleh dipadankan pada TV dan boleh beroperasi sejauh 10 meter. Selain itu, terdapat alat kawalan yang boleh digunakan untuk mengawal sebarang tetapan dengan mudah. Saiznya yang kompak membolehkan anda memuatkan ia pada ruangan yang kecil.

Soundbar keluaran Vinnfier ini boleh didapatkan pada harga RM249 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Vinffier Hypebar 300 BTR Soundbar

3. JBL Cinema SB170 2.1 Channel Soundbar

soundbar terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Model JBL Cinema SB170 2.1 Channel Soundbar juga menjadi pilihan popular di kalangan pengguan tempatan. Dengan harga yang ditawarkan, soundbar ini mempunyai output kuasa 220W, HDMI ARC dan ciri Dolby Digital yang bakal menjanjikan hasil bunyi yang cukup imersif serta padu padanya.

Selain itu, terdapat juga ciri bluetooth dan mempunyai wireless Subwoofer untuk anda letakkan dekat mana-mana sahaja asalkan dalam jarak sekaligus tidak perlu risau pasal pengurusan kabel lagi.

Model JBL Cinema SB170 2.1 Channel Soundbar boleh didapatkan pada harga RM849 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang Cinema SB170 2.1 Channel Soundbar

4. Sony HTX8500 Soundbar

Sumber Gambar: Shopee

Bila sebuat Sony, pasti ramai sudah mengetahui jenama ini memang mempunyai kepakaran dalam menawarkan pengalaman audio yang cukup mengagumkan. Sony HTX8500 ini memang sesuai buat anda yang mahu menonton filem aksi atau bunyi yang kuat kerana telah direka khas untuk membuat bunyi lebih jelas dan lantang.

Reka bentuk juga sangat minimalis dan slim yang sesuai untuk kegunaan rumah. Selain itu, terdapat ciri 2.1 Channel Dolby Atmos dan DTS:X sound technology yang boleh menghasilkan efek audio seperti di wayang. Tambahan pula, Sony juga menyediakan subwoofer terbina yang boleh menambah bunyi bass dengan lebih padu.

Anda boleh dapatkan Sony HTX8500 Soundbar pada harga RM1,399 di Shopee hari ini.

Beli Sekarang Sony HTX8500 Soundbar

5. Bose Smart Soundbar 300

Sumber Gambar: Shopee

Sebuah jenama lagi yang menjadi pilihan ramai adalah Bose. Bose memang terkenal dengan teknologi speaker yang mengagumkan dan kualiti bunyi yang padu. Model Bose Smart Soundbar 300 ini menyokong sambungan wireless, bluetooth, WiFi, Apple Airplay dan Spotify Connect.

Menariknya, terdapat ciri pembantu maya seperti Amazon Alexa dan Google Assistant yang boleh digunakan untuk melakukan sebarang pelarasan menerusi arahan suara sahaja. Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan aplikasi khas untuk mengkustomasi kawalan konten, menukar stesen dan servis mengikut kehendak masing-masing dengan mudah.

Bose Smart Soundbar 300 sedia ditawarkan pada harga RM2,199 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Bose Smart Soundbar 300

6. Samsung Q950T Soundbar

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, anda boleh pertimbangkan sebuah model Samsung Q950T Soundbar. Model ini dilengkapi dengan True  9.1 4ch Sound dan Up-Firing Rear Wireless Speakers yang boleh menghasilkan bunyi 3 dimensi di sekeliling anda menjadikan pengalaman tontonan yang lebih mengasyikkan di rumah.

Soundbar ini juga sangat sesuai untuk kegunaan TV sebab mempunyai teknologi Q symphony yang akan sambungkan audio dari TV dengan soundbar tersebut. Menariknya, terdapat mode gaming yang boleh mengoptimasi bunyi bersama subwoofer untuk pengalaman permainan yang cukup padu menerusinya.

Kini anda boleh dapatkan sebuah soundbar yang padu daripada jenama terkemuka Samsung dengan harga RM3,999 di Shopee

Beli Sekarang Samsung Q950T Soundbar

Berdasarkan senarai soundbar di atas, model yang paling berbaloi didapatkan adalah Sony HTX8500 kerana didatangkan pelbagai fungsi menarik padanya serta jenama yang sudah menjadi kepercayaan ramai sejak dulu lagi. Malah, anda juga dapat menjimatkan ruangan kerana rekaan yang kompak serta mempunyai subwoofer terbina padanya berbanding jenama lain.

Diharapkan dengan penyenaraian ini dapat memudahkan anda membuat pemilihan soundbar bagi menikmati pengalaman audio yang padu serta imersif di rumah bersama keluarga tercinta. Malah, dengan pemilihan yang tepat dapat menjadi satu pelaburan bagi kegunaan jangka masa panjang.

Sementara itu, anda juga boleh padankan dengan smart TV untuk menikmati paparan serta fungsi menarik untuk hiburan tanpa batasan di rumah.

5 Smart TV Terbaik Dan Berbaloi Dengan Harga Bawah RM2,500 Untuk Dimiliki Pada Tahun 2022

6 Speaker Bluetooth Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan Dengan Harga Serendah RM49 Sahaja

Sumber