Xiaomi telahpun menjadualkan sebuah pelancaran terbesar pada Rabu ini bagi memperkenalkan sebahagian produk terbaharu yang merangkumi peranti siri Xiaomi 11T. Yang mengejutkan, apabila Xiaomi juga mengumumkan bahawa mereka bakal mengadakan satu acara khas bagi membentangkan teknologi produk konsep terbaharu hari ini.
Dan kini sudah terjawab apabila CEO Xiaomi sendiri telah memuat naik gambar produk konsep tersebut yang dikenali sebagai Xiaomi Smart Glasses menerusi akaun Twitternya. Walaupun rekaan tampak seperti cermin mata biasa sahaja, ianya telah dilengkapi dengan teknologi pengimejan pandu gelombang optik MicroLED yang boleh memaparkan media di depan mata pengguna dengan jelas.
Introducing Xiaomi Smart Glasses! Though at first glance these seem just ordinary glasses, MicroLED optical waveguide imaging technology puts a display in front of your eyes, for our smartest viewing experience yet. pic.twitter.com/CoP8t5GNH6
— Lei Jun (@leijun) September 14, 2021
Xiaomi Smart Glasses dilengkapi pelbagai fungsi bagi memudahkan aktiviti seharian yang diintegrasi bersama pembantu maya iaitu XiaoAi. XiaoAi berupaya menguruskan semua aktiviti menerusi cermin mata pintar ini termasuklah memilih notifikasi penting pengguna, memaparkan panggilan telefon, tunjuk panduan arah ke destinasi dan menterjemah bahasa secara langsung.
Antara ciri lain yang disediakan seperti mikrofon dan speaker untuk menjawab panggilan yang diterima serta dengan kamera sebesar 5MP bagi tujuan mengambil gambar. Terdapat juga pad sesentuh pada sisi rangka utama dan sambungan WiFi.
Setakat ini, pihak Xiaomi masih belum menyatakan sebarang informasi berkaitan harga produk ini, tarikh penjualan dan jumlah penawaran kepada pengguna. Terdapat kebarangkalian produk ini hanya ditawarkan kepada pasaran China sahaja.
Facebook baru sahaja melancarkan kaca mata pintar mereka dengan menampilkan rekaan yang bergaya dan menyertakan pelbagai fungsi.
Facebook Memperlihatkan Kaca Mata Pintar Hasil Kolaborasi Bersama Ray Ban
INMO Air, Cermin Mata Pintar Futuristik Dengan Teknologi AR Dalam Memudahkan Aktiviti Seharian
telahpun menjadualkan sebuah pelancaran terbesar pada Rabu ini bagi memperkenalkan sebahagian produk terbaharu yang merangkumi peranti siri Xiaomi 11T. Yang mengejutkan, apabila Xiaomi telah mengumumkan bahawa mereka bakal mengadakan satu acara khas bagi membentangkan teknologi produk konsep terbaharu hari ini.
Dan kini sudah terjawab apabila CEO Xiaomi sendiri telah memuat naik gambar produk konsep tersebut yang dikenali sebagai Xiaomi Smart Glasses menerusi akaun Twitternya. Walaupun rekaan tampak seperti cermin mata biasa sahaja, ianya telah dilengkapi dengan teknologi pengimejan pandu gelombang optik MicroLED yang boleh memaparkan media di depan mata pengguna.
Introducing Xiaomi Smart Glasses! Though at first glance these seem just ordinary glasses, MicroLED optical waveguide imaging technology puts a display in front of your eyes, for our smartest viewing experience yet. pic.twitter.com/CoP8t5GNH6
— Lei Jun (@leijun) September 14, 2021
Xiaomi Smart Glasses dilengkapi pelbagai fungsi bagi memudahkan aktiviti seharian yang diintegrasi bersama pembantu maya iaitu XiaoAi. Pembantu maya ini berupaya menguruskan semua aktiviti menerusi cermin mata pintar ini termasuklah memilih notifikasi penting ke cermin, memaparkan panggilan telefon, tunjuk panduan arah ke destinasi dan menterjemah bahasa secara langsung.
Antara ciri lain yang disediakan seperti mikrofon dan speaker untuk menjawab panggilan yang diterima serta dengan kamera sebesar 5MP bagi tujuan mengambil gambar. Terdapat juga pad sesentuh pada sisi rangka utama dan sambungan WiFi.
Setakat ini, pihak Xiaomi masih belum menyatakan sebarang informasi berkaitan harga produk ini, tarikh penjualan dan jumlah penawaran kepada pengguna. Terdapat kebarangkalian produk ini hanya ditawarkan kepada pasaran China sahaja.
Facebook baru sahaja melancarkan kaca mata pintar mereka dengan menampilkan rekaan yang bergaya bersama pelbagai fungsi.
Facebook Memperlihatkan Kaca Mata Pintar Hasil Kolaborasi Bersama Ray Ban
INMO Air, Cermin Mata Pintar Futuristik Dengan Teknologi AR Dalam Memudahkan Aktiviti Seharian