Bermula dengan menawarkan telefon pintar mampu milik buat para pengguna lebih sedekad lalu, Xiaomi nampaknya terus melebarkan sayap dalam menawarkan lebih banyak produk dan inovasi.
Terbaharu, menerusi Xiaomi Labs, jenama dari China ini telah mengumumkan teknologi yang dinamakan sebagai Xiaomi HyperCharge membolehkan pengguna mengecas peranti Xiaomi dengan kelajuan mencapai 200W buat pengecasan berwayar dan 120W untuk pengecasan secara wireless.
Charge up to 100% in just 8 minutes using wired charging and 15 minutes wirelessly! #XiaomiHyperCharge
Too good to be true? Check out the timer yourself! #InnovationForEveryone pic.twitter.com/muBTPkRchl
— Xiaomi (@Xiaomi) May 31, 2021
Rekod pengecasan terpantas dunia yang dihasilkan menerusi model telefon pintar Mi 11 Pro yang diubah suai ini sekaligus membolehkan model ini dapat mengecas sehingga 100% dalam tempoh 8 minit sahaja. Selain itu, rekod pengecasan terpantas dunia turut dihasilkan buat pengecasan tanpa wayar dengan 15 minit sahaja untuk pengecasan penuh.
Setakat ini, teknologi yang dihasilkan masih lagi dalam peringkat awal dan masih belum dapat diketahui bilakah Xiaomi akan mengumumkan peranti dengan teknologi Xiaomi HyperCharge secara rasmi. Walau bagaimanapun, sebuah pencapaian yang hebat buat Xiaomi. Tidak perlu lagi pengguna meninggalkan telefon pintar dalam tempoh yang panjang.
Serendah RM799, pada pengguna sudah berpeluang mendapatkan telefon pintar kelas pertengahan yang berbaloi dengan teknologi 5G.
https://www.thevocket.com/serendah-rm799-ini-antara-fungsi-redmi-note-10-5g/
https://www.thevocket.com/fungsi-ecg-sedia-ditawarkan-buat-pengguna-apple-watch-di-malaysia-menerusi-kemas-kini-watchos-7-5/